Andriod Ice Cream Sandwich update untuk HTC

HTC telah mengesahkan melalui laman facebooknya yang mereka akan membawa Andriod versi terbaru, Andriod 4.0 (Ice Cream Sandwich) ke telefon bimbitnya secepat mungkin.

Sejak Google melancarkan Andriod Versi 4.0 (Ice Cream Sandwich), HTC tidak ketinggalan melihat dan meneliti ciri-ciri baru yang ada pada Versi 4.0 untuk menentukan rancangannya untuk menaiktaraf telefon bimbit yang sedia ada dan untuk model akan datang.

OS baru dari Google Android 4.0 adalah yang pertama yang boleh digunakan di kedua-dua telefon pintar dan tablet . Ice Cream Sandwich juga mengandungi pelbagai ciri-ciri baru seperti face-recognition unlock yang membolehkan anda membuka kunci telefon hanya dengan menggunakan kamera depan. Anda juga akan mendapat perkhidmatan yang dikenali sebagai Android Beam yang menggunakan teknologi NFC untuk mengakses seluruh fail antara telefon.

Tags