Sony Ericsson keluarkan alpha Ice Cream Sandwich untuk Xperia

Berita baik untuk semua pengguna telefon bimbit Xperia Arc, Neo, PLAY, Mini, Mini Pro, Ray, Active dan Arc S. Kesemeua pennguna Xperia yang menggunakan Andriod 2.3 Gingerbread akan berpeluang menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich pada telefon bimbit mereka.

Sebelum ini, Sony Ericsson baru saja mengumumkan update untuk model ini kepada Andriod 2.3.4. yang membolehkan pengguna mendapat ciri-ciri baru seperti USB on-the-go, Sony 3D sweep panorama untuk kamera, integrasi Facebook yang baru, Swype-like text input (T9 Trace), screen capture, video chats menggunakan Google Talk dan lain-lain lagi.

Andriod 4.0 Ice Cream Sandwich merupakan sambungan daripada versi Andriod Honeycomb 3.0 yang turut di tambah ciri-cirinya seperti fungsi NFC, Xbox Kinect-like, Virtual Camera Operator, USB hub support, dan sebagainya. Update ini mungkin boleh didapati pada Oktober atau November tahun ini.

Tags