Samsung Galaxy S3 menggunakan kamera 16 Megapixel?

Samsung baru saja mengumumkan sensor kamera terbaru untuk smartphone dan juga tablet. Sensor terbaru itu diberi nama S5K2P1 CMOS sensor yang dilengkapi dengan resolusi 16 Megapixel dan Sensor ini mungkin akan di gunakan pada Samsung Galaxy S3.

Sebelum ini, resolusi kamera tertinggi boleh didapati pada Nokia N8 dan Sony Ericsson Satio dengan resolusi 12 Megapixel. Bagaimanapon selepas kemunculan S5K2P1 CMOS sensor kamera menawarkan resolusi tertinggi yang amat sensetive dan mempunyai paras bunyi “noise” yang amat rendah.Kamera ini amat sesuai sekali digunakan sebagai kamera digital dan juga untuk rakaman video.

Samsung dikatakan mungkin akan melancarkan produk barunya Samsung Galaxy S3 Febuary tahun depan. Lain-lain khabar angin turut mengatakan Samsung Galaxy S3 menggunakan 2GHz quad-core processor dan Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) sebagai sistem operasinya.

Selain itu juga, Samsung Galaxy S3 dikatakan mempunyai 4.65-inch (1280 x 1024) Super AMOLED III display, rakaman video 1080p HD, bateri 2,250mAh , NFC technology dan 32GB memori dalaman.

Tags