Samsung Umumkan Galaxy Tab 7.0 Plus

Samsung merupakan penyedia peranti mudah alih terkemuka telah mengumumkan pelancaran GALAXY Tab 7.0 Plus yang Menawarkan pengalaman baru pada peminatnya. Dengan paparan 7-inci, GALAXY Tab 7.0 Plus mempunyai reka bentuk ringan yang bergaya. GALAXY Tab 7.0 Plus menggunakan OS Android Honeycomb.

Sebelum ini, Samsung telah pon menguasai pasaran tablet tujuh inci dengan pelancaran GALAXY Tab dan ia menandakan satu pencapaian terbaik dalam industri mudah alih. Atas kejayaan itu, Samsung sekarang memperkenalkan GALAXY Tab 7.0 Plus yang telah dipertingkatkan produktiviti dan pengalaman multimedia.

GALAXY Tab 7.0 Plus seberat 345g mempunyai ketebalan 9.96mm untuk memastikan ianya mudah dibawa ke dalam poket, jeket atau pon beg tangan menjadikan model ini sesuai digunakan untuk semua peringkat.

Selain itu juga, model ini menggunakan Dual Core 1.2Ghz Processor membolehkan ia begerak lancar dengan multitasking dan ia dijangka akan memasuki pasaran di Asia pada penghujung Oktober ini.

Tags