Sony Ericsson Live with Walkman kini RM999 di Malaysia

Sony Ericsson Live with Walkman kini telah pon berada di pasaran Malaysia. Smartphone yang menggunakan Andriod 2.3 (Gingerbread) ini dijual dengan harga RM999 di Malaysia. Dengan pembelian Sony Ericsson Live with Walkman, Pembeli turut akan mendapat Sony Headset MDR-ZX100 yang bernilai RM78 secara percuma.

Sony Ericsson Live with Walkman dilengkapi dengan butang Walkman untuk mengakses Music Player dan boleh berkongsi lagu kegemaran terus ke facebook. Ianya juga turut dilengkapi dengan 1 GHz processor dan 512 Mb Ram.

Selain itu juga model ini turut dilengkapi dengan 5 megapixel kamera dengan Autofocus, LED Flash, Geo-tagging, image stabilization, smile dan face detection. Dan ia juga mampu merakam video HD 720p.

Tags