Windows Phone 7.5 Mango Update Di Lancarkan

Akhirnya Microsoft telah melancarkan Windows Phone 7.5 update untuk 98% pengguna Windows Phone. Untuk update, pengguna akan diberitahu melalui telefon bimbit masing-masing dan boleh update menggunakan PC atau pon Mac.

Windows Phone 7.5 Mango mempunyai ciri-ciri multitasking yang amat lancar dan mudah digunakan. Selain itu Windows Phone 7.5 dilengkapi dengan twiter integration, Facebook, Linkedin dan ia mampu menukar aplikasi dengan pantas.

Selain itu juga, anda boleh membuat kumpulan kenalan sama ada keluarga, rakan sekerja atau sahabat karib. Dan anda boleh menghantar sms atau email ke semua ahli kumpulan dengan pantas.
 

Tags