Blackberry Bold 9790 dan Curve 9380 kini di Malaysia

Blackberry tidak ketinggalan kepada pesaing-pesaingnya dalam mengeluarkan peranti barunya Blackberry Bold 9790 dan Curve 9380 yang kini sudah pon boleh di dapati di Malaysia. kedua-dua peranti ini telah pon dilancarkan secara rasminya oleh RESEARCH In Motion di Kuala Lumpur baru-baru ini.

BlackBerry Bold 9790 dan Curve 9380 menawarkan reka bentuk yang nipis dan bergaya dengan penambahbaikan pada komunikasi, mulitimedia, produktiviti dan perhubungan sosial. dari segi pengambaran, kedua-dua memiliki 5 megapixel kamera dengan autufokus Geo-tagging, face detection, image stabilization dan sebagainya.

Selain itu juga kedua-dua peranti ini menggunakan BlackBerry OS 7.0 tetapi berbeza dari segi kelajuan processor di mana Blackberry Curve 9380 menggunakan processor 806MHz manakala Blackberry Bold 9790 menggunakan processor 1GHz.

Tags