Quad-core Samsung Galaxy S III akan diumumkan pada MWC 2012
 
Selepas kejayaan jualan Samsung Galaxy S II yang berjaya menjual 3 juta unit dalam masa hanya 55 hari menjadikan Samsung syarikat pengeluar telefon bimbit terpantas setakat ini. Kini dengan kejayaan tersebut, Samsung sekali lagi cuba membuat kejutan dengan smartphone terbaru Samsung Galaxy S III yang dijangka akan di lancarkan pada tahun hadapan di MWC 2012.

Apa yang menariknya, Samsung Galaxy S III mungkin akan di lengkapi dengan teknologi 3D yang boleh di padankan dengan television 3D. Menurut laman web berita Korea, ETNews, Samsung Galaxy S III akan dilengkapi dengan paparan skrin AMOLED Super Plus 720p HD, penyambungan LTE, 2GB RAM dan Android 4.0 Ice Cream Sandwich dengan TouchWiz. Ia dijangkakan akan dilancarkan di Mobile World Congress(MWC) di Barcelona, Spanyol pada 27 Febuary hingga 1 Mac 2012.

Tags