BSamsung Galaxy W dan Y untuk golongan muda

Samsung telah mengeluarkan dua model smartphone Samsung Galaxy W dan Samsung Galaxy Y untuk memikat golongan muda. Kedua-dua model ini dengan design simple yang bergaya sesuai untuk golongan muda di samping harga yang berpatutan. Kedua-dua model ini menggunakan sistem operasi Andriod 2.3 Gingerbread.

Huruf “W” yang ada pada Samsung Galaxy W merujuk kepada “Wonder” atau di kelaskan sebagas kelas atasan menggunakan 1.4Ghz proceessor. Bagi peminat-peminat movie, anda puas menonton di skrin sebesar 3.7-inci dengan resolusi 400×800 pixel. untuk yang sukakan pengambaran, Samsung Galaxy W menawarkan kamera 5 megapixel dengan autofocus dan LED Flash. Selain itu juga, Samsung Galaxy W boleh membuat rakaman video 720p HD. Samsung Galaxy W boleh di dapati di Malaysia dengan harga RM999.

Satu lagi smartphone keluaran Samsung iaitu Samsung Galaxy Y yang sesuai untuk pelajar kerana harganya yang murah iaitu RM499 di pasaran Malaysia. Berbeza dengan Samsung Galaxy W, Samsung Galaxy Y hanya menggunak 830 Mhz processor dan lebar skrin hanya sebesar 3-inci dengan resolusi 240×320 pixel. Selain itu, Samsung Galaxy Y didatangi dengan kamera 2 megapixel.

Tags