Samsung Galaxy Y Duos dan Y Pro Duos dilancarkan
 
Samsung telah memperkenalkan Smartphone baru Samsung Galaxy Y Duos dan Samsung Galaxy Y Pro Duos yang mempunyai dua slot SIM pada Smartphone tersebut.

Kedua-dua smartphone tersebut menggunakan Android 2,3 Gingerbread dan didatangi dengan 3 Megapixel fixed-focus kamera. Selain itu juga Samsung Galaxy Y Duos dan Y Pro Duos kedua-dua mempunyai sambungan data 7.2Mbps HSDPA, Wi-Fi, GPS, Bluetooth dan microUSB, termasuk radio FM dan 3.5mm audio jack.

Antara ciri-ciri lain yang ada pada Samsung Galaxy Y Duos ialah mempunyai skrin sentuh 3.14inci QVGA dengan resolusi 320×240 pixel. Ia juga turut di datangi dengan 512Mb memori dalaman dan memori tambahan sehingga 32Gb melalui slot microSD.

Untuk Samsung Galaxy Y Pro Duos pula, terdapat QWERTY Keyboard pada designnya dan didatangi dengan skrin 2.6 QVGA LCD. Dari segi memori pula, ianya sama dengan Samsung Galaxy Y Duos.

Tags