Symbian Belle Update untuk model lama symbian pada awal 2012

Kepada pemilik Nokia N8, E7, X7, C6-01, C7, Oro, E6, dan 500, anda terpaksa menunggu sedikit masa lagi untuk Symbian Belle update kerana ia ternyata tidak akan dikeluarkan pada tahun ini. Walaupon Nokia secara tidak rasminya pernah memberitahu symbian Belle Update untuk model lama akan dikeluarkan tahun ini, tetapi dari kenyataan rasmi berikut memberitahu bahawa update akan dikeluarkan pada awal tahun depan.

Berikut adalah kenyataan rasmi dari Nokia:

Nokia Belle perisian Symbian terbaru dengan interface yang baru, pengalaman pengguna yang lebih baik, dan berpuluh-puluh ciri-ciri yang lebih baik dan baru. Kita telah menghantar update untuk Nokia 603, 700 dan 701 dengan perisian Belle tahun ini, dan telah menerima maklum balas yang hebat dari pengalaman pengguna.

Oleh itu, Kami akan membuat Nokia Belle tersedia kepada pengguna di peringkat global dengan melancarkan perisian Belle untuk telefon bimbit yang sedia ada seperti N8, E7, X7, C6-01, C7, Oro, E6, dan Nokia 500 pada awal 2012. Dengan itu, berjuta-juta pengguna di seluruh dunia akan mendapat pengalaman yang benar-benar hebat pada telefon bimbit Symbian mereka.

Tags