300 juta pengguna Mobile Facebook aktive dalam sebulan

Facebook bukan sahaja laman web yang paling popular di lawati melalui komputer malah ia juga tetap mempunyai pelawat yang tertinggi di kalangan pengguna telefon bimbit. Menurut laporan yang terbaru dari Analisis Enders, bilangan pengguna aktif bulanan pada platform mudah alih Facebook telah melebihi 300 juta.

Dalam laporan itu juga menunjukkan penguna Android dan iOS merupakan pelawat terbanyak laman web tersebut. Sementara itu, kira-kira 70 juta pengguna aktif BlackBerry melayari laman tersebut melalui peranti mudah alih BlackBerry.

Tags