Gamepad Controller untuk iPhone, iPad dan iPod touch
 
Terdapat banyak permainan-permainan menarik yang boleh kita dapati pada iPhone, iPad dan iPod touch. Walaubagaimanapon bermain permainan pada iPhone, iPad dan iPod touch agak berbeza suasananya dengan konsol-konsol permainan yang lain seperti PS3 dan XBox. Ini kerana permainan di iPad di kawal melalui Touchscreen.

Sebuah syarikat, 60Beat, cuba mengubah cara permainan pada ipad dengan menghasilkan Gamepad Controller yang boleh disambungkan melalui headphone jack pada peranti Apple dan boleh bermain dengan permainan yang serasi dengannya. Malangnya, setakat ini 60Beat Gamepad Controller hanya serasi untuk games Aftermath dan Bugdom 2 dan mereka berjanji akan memberi banyak pilihan games pada Febuari akan datang. 60Beat Gamepad Controller dijual dengan harga USD50 dan boleh membeli secara online di laman webnya. Ia boleh didapati dengan dua warna, hitam dan putih.
 

Tags