Agak sukar untuk kita sembunyikan file terutamanya gambar dan video pada peranti Android kerana semua fail-fail seperti itu akan di kesan secara automatik oleh Galeri gambar dan video. Mungkin adakalanya kita ingin menyimpan file gambar dan video peribadi dengan selamat tanpa ada orang lain membuka file tersebut. Hide It Pro aplikasi Android dapat membantu anda menyembunyikan file-file tersebut. File anda dijamin selamat kerana password di perlukan untuk membuka file-file yang telah di sembunyikan.

Selain itu juga, Aplikasi Hide It Pro bersembunyi di sebalik nama Aplikasi “Audio Manager”. Jadi, bagi sesiapa yang pertama kali melihat Applikasi ini tidak akan menyangka bahawa “Audio Manager” itu adalah applikasi untuk menyembunyikan fail anda. Selain menyembunyikan fail, Aplikasi Hide It Pro terdapat fungsi lain seperti, File Manager, Message hider, hide Apps, Lock Apps dan sebagainya. Hide It Pro boleh di muat turun secara percuma di Android Market.

Tags