Smartphone atau dalam bahasa melayunya telefon pintar merupakan keperluan pada masa kini. Ianya banyak kemudahan yang dapat membantu kehidupan kita seharian dan tidak tertumpu kepada membuat panngilan dan menghantar mesej sahaja. Antara ciri-ciri lain sesebuah smartphone itu ialah ia dilengkapi dengan berbagai-bagai fungsi seperti wifi, GPS, kamera, dan sebagainya yang dapat memudahkan kehidupan kita.

Bagi kita di Malaysia, mungkin seronok dapat menonton racangan-rancangan menarik hanya menggunakan smartphone. Terutamanya pada pelajar-pelajar kolej dan universiti yang agak sukar menonton TV di asrama, menonton TV pada smartphone amatlah memudahkan kehidupan mereka. Kini, semua itu tidak lagi menjadi masaalah kerana banyak aplikasi-aplikasi yang dapat di download secara percuma terutamanya untuk smartphone yang berasaskan Android dan Iphone.

Salah satu applikasi menarik yang hendak di kongsi ialah 1Malaysia TV yang telah dilancarkan baru-baru ini oleh PM kita. Buat masa kini terdapat 9 saluran yang boleh di tonton seperti TV1, TV2, TV3, eKorean, myTV, TV-Alhijrah dan sebagainya. Kepada pengguna Android dan iPhone anda boleh muat turun percuma di Android Market dan Apple Store.

Tags