Penampilan XPERIA lebih bergaya dengan Sony SmartWatch

Sony melancarkan aksesori untuk smartphone XPERIA iaitu Sony SmartWatch di CES 2012 hari ini. Sony SmartWatch merupakan jam pintar yang dapat bernubung dengan smartphone XPERIA melalui Bluetooth. Dengan SmartWatch ini, anda boleh menerima dan memutus panggilan, membaca mesej, peringatan dan menyokong aplikasi android seperti Facebook, twitter dan sebagainya. Sony SmartWatch yang sebesar iPod Nano ini mempunyai saiz 36x36x8mm dan berat 15.5g. Ianya turut dilengkapi dengan skrin sentuh anti-calar dan Bluetooth 3.0 yang mampu beroperasi sejauh 10m.

Untuk ciri-ciri keselamatan, Sony SmartWatc direka dengan kalis air untuk memastikan jam ciptaan Sony ini tahan lasak dan tidak rosak akibat terkena air dan sebagainya. Menurut Sony, jam ini mungkin akan berada di pasaran pada bulan depan dengan 15 aplikasi yang tersedia padanya. SmartWatch mungkin akan dijual dengan harga USD149 atau RM475.


Tags