Microsoft mengumumkan permainan yang berasaskan desktop HTML5, “Cut the Rope” yang boleh didapati secara percuma melalui Internet Explorer. Pengumuman itu di buat sempena Consumer Electronics Show 2012(CES) pada Isnin lalu. “Cut the Rope” merupakan permainan keluaran PixelLab dan ZeptoLab yang telah menjadi rakan kongsi bersama Microsoft.

Permainan yang berasaskan Puzzle mula dihasilkan pada tahun 2010 oleh pemaju Rusia dan akhirnya menjadi popular terutamanya pada peranti smartphone, Android dan iPhone. Permainan yang mudah dan mencabar ini memerlukan kreativiti untuk memasukan gula-gula kedalam mulut raksasa kecil berwarna hijau yang di beri nama “Om Nom”.

Untuk bermain secara percuma, anda boleh layari www.cuttherope.ie dan untuk pengguna Android dan iPhone anda boleh mendownload di Android Market dan Apple Store.

Tags