Sony B170 Walkman - MP3 Player yang bergaya
Cantik, unik dan bergaya, itulah yang di ungkapkan apabila melihat kali pertama pemain MP3 dari Sony ini iaitu Sony B170 Walkman yang mempunyai bentuk yang kecil, bergaya dan warna yang mampu memukau sesiapa yang melihatnya. Sony B170 Walkman di datangi dengan dua versi memori 2GB dan juga 4GB untuk simpanan lagu yang lebih banyak. Pemain MP3 yang seberat hanya 28g ini didatangi dengan pelbagai warna pilihan yang menarik seperti merah, biru, hitam, oren, pink dan sebagainya. Reka bentuknya mempunyai klip yang mudah untuk dikepitkan pada tali pinggang atau pon baju. Apa yang menariknya, Sony B170 Walkman di cas selama 3 minit sudah cukup untuk memberi 90 minit masa mendengar. Antara ciri-ciri lain yang terdapat seperti rakaman suara, port USB dan dedicated “Bass Boost”. Dari segi harga pula, Sony masih lagi belum mengeluarkan harganya.

Tags