Permainan Upin dan Ipin

Siri animasi tempatan upin dan ipin telah berjaya memikat hati penonton terutamanya kanak-kanak. Ini menunjukkan bahawa siri animasi 3D tempatan berjaya dan setanding dengan negara-negara maju yang lain. Kini Les Copaque cuba mencipta nama dalam dunia permainan pula apabila melancarkan permainan Pocket Upin dan Pocket Ipin untuk pengguna iPhone, iPad dan iPod. Konsep permainan seakan-akan permainan “Talking Tom” yang boleh bercakap, membuat helah apabila disentuh dan sebagainya. Les Copaque telah baru saja melancarkan Pocket Upin pada 05 March 2012 manakala Pocket Ipin pula telah lama dilancarkan pada 19 September 2010. Kedua-dua Permainan ini boleh dibeli dengan harga $0.99 di App Store

Tags