Aplikasi Instagram untuk pengguna Android popular di Google Play

Instagram, Aplikasi perkongsian foto popular yang telah mendapat perhatian pada platform IOS kini juga boleh didapati untuk platform Android. Lengkap dengan antara muka pengguna yang cantik dan penuh ciri-ciri pegambaran, ia seolah-olah aplikasi pengambaran yang sempurna dan hebat.

Antara ciri-ciri menarik yang ada pada Aplikasi Instagram seperti :
– Pelbagai kesan khas yang menarik yang menjadikan gambar anda lebih menarik dan cantik.
– perkongsian Segera ke Facebook, Twitter, Tumblr, dan Foursquare (Flickr akan datang)
– Berinteraksi dengan rakan-rakan melalui “likes” dan komen
– Menyokong Android versi 2,2 dan ke atas yang menyokong OpenGL ES 2
– Sokongan penuh terhadap kamera depan dan belakang

Bagi pengguna Android anda boleh memuat turun secara percama di Google Play dan tidak lupa juga kepada pengguna iOS anda boleh memuat turun di AppStore.