Download Permainan Dungeon Hunter 3 percuma di Google Play

Permainan Dungeon Hunter 3 telah dilancarkan pada December 2011 untuk pengguna iOS sahaja. Namun, hari ini peminat Android bertuah kerana Gameloft telah melancarkan Dungeon Hunter 3 untuk platform Android. Dungeon Hunter 3 merupakan permainan Freemium yang boleh didownload secara percuma di Google Play untuk Android dan juga AppStore untuk pengguna iPhone dan iPad.

Dungeon Hunter 3 merupakan permainan RPG adventure yang popular dikalangan pengguna iOS dan Android. Anda boleh memilih watak ataupon hero bedasarkan 4 kelas utama iaitu “Warlord” untuk yang sukakan pergaduhan, “stromancer” yang pakar kepada sihir dan magik, “Trickster” yang banyak muslihat dan juga “Shaman” sebagai bomoh. Keempat-empat kelas ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Dungeon Hunter 3 mempunyai tarikan yang tersendiri yang mampu membuat pemain teruja dengan kehebatan grafik yang menarik serta perjalanan permainan yang penuh cabaran.


Azlan Saleh
Penulis utama MesraMobile.com. Facebook/Twitter: @AzlanSaleh89

Artikel Berkaitan