Sony Xperia S dan HTC One X
Selain daripad Samsung Galaxy S III yang hangat di bualkan di internet, terdapat peranti-peranti lain yang turut menjadi perhatian yang sudah pon berada di pasaran Malaysia iaitu Sony Xperia S dan HTC One X. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tetapi ia tetap menjadi antara peranti yang terbaik dari segi kelancaran, pengambaran dan juga fungsi yang pelbagai. Dari segi harga pula sudah tentunya setimpal dengan teknologi yang dibawa kedua-dua peranti ini di mana Sony Xperia S dijual dengan harga RM1750 manakala HTC One X pula dijual dengan harga RM2050.

Spesifikasi

Model Sony Xperia S HTC One X
OS Android OS, v2.3 (Gingerbread) Android OS, v4.0 (Ice Cream Sandwich)
Processor Dual-core 1.5 GHz Quad-core 1.5 GHz
Camera + 12 Megapixel, 4000×3000 pixels
+ LED Flash, Autofocus
+ HD video record, 1080p@30fps
+ 8 Megapixel, 3264×2448 pixels
+ LED Flash, Autofocus
+ HD video record, 1080p@30fps
Memory + 32 GB storage
+ 1 GB RAM
+ 32 GB storage
+ 1GB RAM
Features + Bluetooth v2.1
+ USB 2.0
+ Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
+ Bluetooth v4.0
+ USB 2.0
+ Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
Display + LED-backlit LCD, 16M colors
+ 720 x 1280 pixels, 4.3 inches
+ Capacitive touchscreen, Multitouch
+ Scratch-resistant glass
+ Sony BRAVIA Engine, Timescape UI
+ Super IPS LCD2, 16M colors
+ 720 x 1280 pixels, 4.7 inches
+ Capacitive touchscreen, Multitouch
+ Corning Gorilla Glass
+ HTC Sense UI

Bedasarkan spesifikasi di atas, terdapat beberapa perkara penting yang dapat kita bandingkan seperti Sistem Operasi (OS), Design, Processor, Kamera dan juga Display. Dari segi design, Kedua-dua memiliki reka bentuk dan gaya yang tersendiri, HTC One X memiliki reka bentuk yang lebih nipis dan ringan iaitu setebal 8.9 mm dan berat 130 g manakala Sony Xperia S setebal 10.6mm dan berat 144g. Namun jalur lutsinar yang terdapat pada bahagian bawah Xperia S yang mampu membuat orang terpesona memandangnya.

Dari segi kelancaran dan sistem operasi pula, Kelebihan kepada HTC One X kerana dilengkapi dengan processor Quad-Core 1.5 Ghz yang lebih bertenaga dari Xperia S yang menggunakan Dual-Core 1.5Ghz. Namun, Dual-Core 1.5Ghz sudah memadai bagi sesebuah Smartphone dan terbukti Xperia S juga memiliki kemampuan dalam mengendalikan pelbagai aplikasi serentak dengan pantas tanpa sebarang masalah. Untuk sistem operasi pula, Xperia S masih lagi menggunakan Android versi 2.3 manakala HTC One X telah pon menggunakan Android versi 4.0. Namun, Sony telah menjanjikan bahawa mereka akan membawa update Android versi 4.0 pada Xperia S pada masa akan datang.

Selain kelancaran dan design, terdapat satu lagi fungsi penting yang harus ada pada sesebuah Smartphone iaitu kualiti kamera. Sony Xperia S menggunakan kamera 12 Megapixel manakala HTC One X hanya menggunakan 8 Megapixel kamera. Kedua-dua peranti ini menyokong rakaman HD 1080p. Untuk sample gambar yang diambil dari kedua-dua peranti ini bolehlah merujuk di sini [photo1, photo2, photo3] untuk Xperia S dan [photo1, photo2, photo3] untuk HTC One X.

Kelebihan dan Kekurangan

Kesimpulannya, kedua-dua peranti ini memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kelebihan Xperia S adalah pada Kamera dan harganya lebih murah berbanding HTC One X manakala HTC One X mempunyai kelebihan pada sistem operasi dan juga processor-nya. Namun tidaklah begitu ketara kerana kedua-duanya antara peranti yang terbaik.