Samsung Galaxy Note Review

Samsung Galaxy Note – Review

Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery
Banyak persoalan yang timbul tentang peranti terbaru dari Samsung ini dengan skrin  sebesar 5.3 inci ia mungkin akan di kategorikan sebagai sebuah Tablet dan ia mungkin juga di kategorikan sebagai sebuah Smartphone yang bersaiz besar. Namun jika dilihat ciri-ciri pada Samsung Galaxy Note ini ianya lebih kepada sebuah Smartphone. Dengan saiz sebesar 146.9 x 83 x 9.7 mm dan seberat 178 g menjadikan Samsung Galaxy Note antara smartphone yang terbesar setakat ini. Dari segi reka bentuk, Samsung Galaxy Note tidak ubah seperti model-model galaxy yang lain. Cuma sedikit perb Dezaan pada saiz dan penutup bateri yang boleh didapati dalam dua warna hitam dan putih. Dengan saiz yang agak besar Samsung Galaxy Note mungkin agak susah untk dibawa ke mana-mana kerana ia terpaksa dibawa bersama bag bimbit atau sebagainya. Jadi, Samsung mungkin menyasarkan Samsung Galaxy Note untuk golongn yang berkejaya dan memerlukan sesuatu pengurus digital untuk membantu dalam kehidupannya.

Spesifikasi dan Ciri-ciri

Samsung Galaxy Note masih lagi menggunakan Android OS, v2.3.5 (Gingerbread) dan mungkin boleh di update versi 4.0 pada masa akan datang. Selain itu, Galaxy Note turut di kuasai dengan Dual-core 1.4 GHz ARM Cortex-A9 processor yang sesuai digunakan untuk smartphone sebesar Galaxy Note. Selain itu juga, Galaxy Note menggunakan 1GB RAM dengan dua pilihan memori dalaman iaitu 16GB dan 32GB.

Model Samsung Galaxy Note
OS Android OS, v2.3.5 (Gingerbread)
Processor Dual-core 1.4 GHz ARM Cortex-A9
Camera 8 MP, 3264×2448 pixels
Memory + 16GB/32GB storage, 1 GB RAM
+ microSD, up to 32 GB
Features + Wi-Fi 802.11 b/g/n
+ Bluetooth® technology v 3.0
+ GPS
+ FM Radio
+ Touchscreen
+ S Pen stylus
Display Super AMOLED, 16M colors
800 x 1280 pixels, 5.3 inches
Untuk spesifikasi penuh sila klik sini


Samsung Galaxy Note Review 
Antara beberapa screenshot dari Samsung Galaxy Note

Samsung Galaxy Note Review

Mengambil nota lebih mudah dengan adanya  S-Pen

Kamera dan Rakaman Video
Bagi yang sukakan pengambaran, Samsung Galaxy Note menawarkan 8 Megapixel  dengan LED Flash dan Autofokus. Kualiti gambar yang di ambil pula amatlah cantik dan detail sesuai dengan 8 Megapixel yang ada padanya. Ia dikatakan menggunakan module kamera yang ada pada Samsung Galaxy S II. Selain itu, banyak fungsi-fungsi seperti Geo-tagging, face, smile and blink detection, image stablilization, touch focus dan sebagainya memberikan pengalaman pengambaran yang lebih menarik. Selain itu juga Samsung Galaxy Note boleh membuat rakaman video HD 1080p yang amat baik dari segi kualiti, pencahayaan, fokus dan sebagainya. Untuk melihat kualiti gambar anda boleh merujuk di sini: Photo1, Photo2.

Contoh rakaman video dari Samsung Galaxy Note pada waktu siang

Contoh rakaman video dari Samsung Galaxy Note pada waktu malam

Kelebihan dan kekurangan
 Samsung Galaxy Note banyak persamaannya dengan model Galaxy S II. Cuma sedikit perbezaan dari segi saiz dan processor dan Galaxy Note merupakan Smartphone yang paling besar. Ini menunjukkan telefon bimbit kini semakin besar dan besar tidak muat lagi untuk dimuatkan pada poket seluar. Dari segi harga pula, Samsung menyasarkan untuk golongan berkejaya dan golongan elit namun dengan harga melebih RM2000 tidak semua inginkan smartphone bersaiz besar ini. Namun tanggapan ini ternyata salah apabila lebih 1juta Galaxy Note telah dijual pada tahun lepas. Kelebihan Galaxy Note terserlah pada kelancarannya dan pada kameranya. Dengan menggunakan Dual-core 1.4 GHz beserta 1 GB RAM pengguna pasti kepuasan dengan  kelancaran membuka pelbagai aplikasi pada masa yang sama. Kesimpulannya, Galaxy Note amat sesuai untuk golongan berkejaya dan elit yang memerlukan Smartphone sebagai pengurus peribadi mereka.

Tags