Samsung Galaxy S Advance kini di pasaran Malaysia dengan harga RM1299

Samsung Galaxy Y – Review

Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery
Satu lagi smartphone keluaran Samsung iaitu Samsung Galaxy Y yang baru saja di pasarkan di Malaysia pada awal Disember tahun lepas yang sesuai untuk pelajar dan remaja kerana harganya yang murah iaitu sekitar RM490 di pasaran Malaysia. Walaupon murah dan kecil Samsung Galaxy Y menggunakan sistem operasi Android OS, v2.3.5 (Gingerbread) menjadikan ia tersenarai bersama smartphone yang lain. Dari segi design, Samsung Galaxy Y berukuran 104 x 58 x 11.5 mm dan hanya seberat 97.5g. Dengan reka bentuk yang bergaya dengan penutup bateri bewarna silver dapat menarik perhatian terutamanya golongan yang inginkan smartphone yang ringkas dan murah. Selain itu juga Samsung Galaxy Y boleh didapati dalam pelbagai warna seperti kelabu Metallic dan putih dan boleh menukar penutup bateri mengikut warna kesukaan seperti putih, hitam, oren, pink dan silver. Setiap pembelian, anda akan disertakan dengan peranti Samsung Galaxy Y, Charger, 2GB microSD, kabel micro USB, waranty dan juga manual.

Samsung Galaxy Y Review

Samsung Galaxy Y Spesifikasi

Dari segi fungsi dan ciri-ciri Samsung Galaxy Y menggunakan Android OS yang terbaru iaitu versi 2.3.5 dan dipadukan dengan processor 830Mhz membuatkan smartphone kecil ini berjalan dengan lancar dan pantas. Untuk pengalaman ber-internet lebih menarik Galaxy Y dilengkapi dengan sambungan HSDPA dan juga Wifi. Selain itu juga ia turut di lengkapi GPS, FM Radio, Bluetooth dan sebagainya.

Model Samsung Galaxy Y
OS Android OS, v2.3.5 (Gingerbread)
Processor 830 MHz ARMv6
Camera 2 MP, 1600×1200 pixels
Memory + 180 MB Internal memory, 290 MB user available RAM
+ microSD, up to 32 GB
Features + Wi-Fi 802.11 b/g/n
+ Bluetooth® technology v 3.0
+ GPS
+ FM Radio
+ Touchscreen
Display TFT, 256K colors
240 x 320 pixels, 3.0 inches

Untuk spesifikasi penuh sila klik sini

 

Samsung Galaxy Y ReviewSamsung Galaxy Y ReviewSamsung Galaxy Y Review

Antara beberapa screenshot dari Samsung Galaxy Y

 

Kamera

Dari segi kamera pula, Samsung Galaxy Y mnggunakan kamera 2 Megapixel dengan resolusi 1600×1200 pixels. Walaupon mnggunakn kamera 2 Megapixel, kualiti gambar yang dihasilkan masih baik dan ianya masih setimpal dengan harga yang murah. Untuk rakaman video pula Samsung Galaxy Y hanya membuat rakaman QVGA dengan 15 frame/second (fps). Untuk melihat contoh gambar yang di ambil anda boleh lihat di sini: Photo1, Photo2.

 

Contoh rakaman video dari Samsung Galaxy Y. Sumber dari Youtube

 

Kelebihan dan Kekurangan

Samsung Galaxy Y banyak kelebihan dan kekurangannya, Namun peranti ini adalah amat sesuai pada remaja , pelajar dan juga golongan yang inginkan smartphone pada harga yang murah. Harga semurah RM490 adalah amat berpatutan dengan fungsi-fungsi yang ada pada Galaxy Y. Kita seolah-olah mendapat set lengkap Telefon bimbit + GPS + Kamera + Mp3/Mp4 Player dan sebagainya dengan harga yang berpatutan. Untuk kelemahannya, setiap pembelian Galaxy Y tidak disertakan dengan earphone. Kelemahannya juga dapat dilihat dari segi kamera yang hanya 2 Megapixel dan juga skrin yang agak kecil. Namun kelemahan ini tidak terasa sangat apabila banyak fungsi-fungsi lain yang seperti GPS, Wifi dan sebagainya yang terdapat pada Galaxy Y.

Tags