Temple Run - Permainan kejar-mengejar untuk pengguna Android dan iOS

Temple Run antara permainan yang amat popular untuk pengguna iOS. Untuk pengguna Android pula, anda bertuah kerana Temple Run baru saja dilancarkan untuk platform Android. Walaupan baru saja dilancarkan, Temple Run telah menjadi permainan Popular di Google Play apabila lebih 100000 pengguna memuat turun permainan ini. Dalam permainan ini, Anda sebagai seorang pencuri patung di sebuah kuil dan terpaksa belari sekuat mungkin dikejar Monyet kejahatan beserta jalan yang penuh berliku dan penuh cabaran.

Dengan grafik 3D yang hebat serta jalan cerita yang menarik menjadikan permainan ini mudah membuatkan pemain ketagih dan terhibur. Tample Run boleh di Download secara percuma di Google Play untuk pengguna Android dan AppStore untuk pengguna iOS.


Azlan Saleh
Penulis utama MesraMobile.com. Facebook/Twitter: @AzlanSaleh89

Artikel Berkaitan