nova 3

Nampaknya industri telefon bimbit kini sudah berkembang dengan pesatnya. Dengan teknologi terkini setiap pengeluar telefon bimbit berkerja keras untuk memberi yang terbaik untuk pengguna. Tidak lupa juga untuk industri permainan video yang berasaskan telefon bimbit yang sentiasa menghasilkan Games yang berkualiti untuk pengguna. Salah satu nama yang tidak asing lagi bagi kita ialah Gameloft yang kini bakal melancarkan permainan untuk platform Android dan iOS iaitu N.O.V.A 3 (Near Orbit Vanguard Alliance) tidak lama lagi.

Melihat kepada Trailer N.O.V.A. 3, grafik dan kesan khas yang ditonjolkan amatlah menarik. mereka telah menambah baik versi N.O.V.A yang terdahulu dengan sempurna. Apa yang pasti, sudah tentu ianya memerlukan Smartphone dengan keupayaan tinggi untuk bermain permainan ini. NOVA 3 bakal di lancarkan pada bulan ini.