Nokia Lumia 610 Review

Nokia Lumia 610 kini sudah pon berada di pasaran Malaysia. Jika kita lihat pada harganya, tentu ramai yang sukar mempecayai bahawa sebuah Smartphone yang menggunakan Windows Mobile ini berharga hanya RM699 di pasaran. Kebanyakan Smartphone yang menggunakan Windows Mobile memiliki harga yang lebih tinggi daripada Smartphone Android. Ini kerana Sistem Operasi Android berasaskan Linux (Sumber Terbuka) manakala Windows Mobile adalah milik syarikat ternama dunia, Microsoft.

Namun berbeza dengan Nokia lumia 610 yang lebih mengfokuskan kepada golongan pertengahan beserta platform Windows Mobile terbaru Microsoft Windows Phone 7.5 Mango. Walaupon begitu, ternyata Nokia terpaksa menggunakan beberapa teknologi sederhana seperti Processor yang hanya 800Mhz, Paparan Skrin dengan warna 65k, 256Mb RAM dan sebagainya bagi memastikan harganya yang berpatutan. Peranti ini amat sesuai untuk golongan pertengahaan yang ingin beralih menggunakan Windows Mobile. Mungkin juga selepas ini ramai penguna-penguna Android akan mula beralih Kepada Lumia 610 untuk mencuba kelebihan platform Windows Mobile dengan harga yang murah.


Iklan Nokia Lumia 610 daripada NOKIA

Design

Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery
Seperti model Lumia yang lain, Nokia Lumia 610 masih lagi mengekalkan 4 warna Lumia iaitu Putih, Cyan, Magenta dan Hitam. Lumia 610 mempunyai ketebalan 12mm dan seberat 131.5 g. Dengan reka bentuk yang bergaya ditambah dengan 3 butang capacitive di bahagian hadapan memberi impak yang lebih kepada Lumia 610. Reka bentuknya lebih eksklusif jika dibandingkan dengan model Lumia yang lain seperti Lumia 900 dan Lumia 800 yang berbentuk seakan-akan bentuk bantal.

Spesifikasi

Untuk menghasilkan sebuah Windows Phone dengan harga yang murah, Nokia terpaksa mengurangkan dan menggunakan teknologi sederhana disamping mengoptimumkan fungsi yang ada pada Lumia 610. Penggunaan processor 800Mhz dan memori RAM 256MB dikatakan kurang releven bagi sesebuah Windows Phone. Namun bagi Lumia 610 ianya sudah terbukti akan kelancaran beroperasi tanpa sebarang masalah. Nokia lumia juga didatangi dengan memori terbina 8GB dan tidak menyokong memori tambahan.

Coverage GSM Network
UMTS Network
LTE Network
GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
HSDPA 850 / 900 / 1700 / 1900 / 2100
-
Design Type
Design
Dimensions
Weight
QWERTY
Features
Smartphone
Candybar
119 x 62 x 12 mm
131.5 g
-
-
Display Technology
Resolution
Size
Touchscreen
Protection
Features
TFT, 56K colors
480 x 800 pixels
3.7 inches
Capacitive touchscreen, Multitouch
Corning Gorilla Glass
-
Multimedia 3.5mm jack
Radio
Music Player
Sound Format
Video Format
Streaming
TV Tunner
Editor
Features
Yes
Yes
Yes
MP3/WAV/WMA/eAAC+
MP4/H.264/H.263/WMV
Yes
-
Video/photo editor
-
Memory Built-in storage
Card slot
System memory
8 GB storage
-
256 MB RAM
Connectivity GPRS
EDGE
Data Speed
WIFI
NFC
USB
Bluetooth
Infrared
Others Port
Yes
Yes
HSDPA 7.2 Mbps, HSUPA 5.76 Mbps
Wi-Fi 802.11 b/g/n
-
microUSB v2.0
Bluetooth v2.1
-
-
Camera Camera
Resolution
Flash
Autofocus
Features
Video
Front Camera
5 Megapixel
2592х1944 pixels
LED flash
Yes
Geo-tagging, face detection
720p@30fps
-
Features Platform/OS
Messaging
Browser
Games
Colors
GPS
Java
Dual SIM
Sensor
Applications
Features
Microsoft Windows Phone 7.5 Mango
SMS, MMS, Email, Push Email, IM
HTML5
Yes
White, Cyan, Magenta, Black
A-GPS
-
-
Accelerometer, compass
Organizer
SNS integration, MicroSIM card support only
Hardware Processor
Chipset
GPU
Battery
800 MHz
-
-
Standard battery, Li-Ion 1300 mAh


Untuk paparan skri, Lumia 610 dilengkapi dengan skrin sebesar 3.7 inci dengan resolusi 480 x 800 pixels serta mempunyai Corning Gorilla Glass sebagai pelindung kepada skrin. Lumia 610 turut menawarkan sambungan network HSDPA dan HSUPA dengan kelajuan purata sehinggan 7.2 Mbps dan 5.76 Mbps. Lumia 610 turut menyokong sambungan WIFI untuk pengalaman berinternet lebih mudah.

Bagi kameranya pula, 5 Megapixel yang dibawa Lumia 610 memadai dengan harganya yang murah. Selain itu ia turut menyokong rakaman HD720p dan lampu Flash untuk pengambaran di tempat gelap. Antara fungsi pengambaran yang lain seperti Autofokus, Geo-Tagging dan Face Detection.


Nokia Lumia 610 Hand-On

Kelebihan dan Kekurangan

Dengan harga yang murah, sudah tentu kita tidak mengharapkan processor yang berkuasa, RAM yang tinggi, kamera yang berkualiti dan sebagainya. Namun, kelebihan yang kita tidak boleh menafikan ialah Lumia 610 adalah Smartphone yang menggunakan Windows Mobile yang paling murah disamping reka bentuknya yang begitu elegan.


Azlan Saleh
Penulis utama MesraMobile.com. Facebook/Twitter: @AzlanSaleh89

Artikel Berkaitan