ipons3 Perbandingan Antara Samsung Galaxy S III dan iPhone 4S
Sebelum ini kita sudah melihat perbandingan antara Samsung Galaxy S III dan Galaxy S II dimana banyak perkara yang telah dinaik taraf oleh Samsung seperti Processor, reka bentuk dan beberapa ciri baru yang turut ditambah seperti S-Voice, S-Beam dan sebaginya. Perbandingan kali ini pula melibatkan antara Samsung Galaxy S III dan iPhone 4S.

Sebenarnya agak sukar untuk kita bandingkan kedua-dua peranti ini dari segi platform kerana memiliki platform atau sistem operasi yang berbeza iaitu Android dan iOS. Kedua-dua platform ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri yang sukar dibandingkan.  Dari segi harga pula, sudah tentu kedua-duanya mengfokuskan kepada golongan elit dimana iPhone 4S dijual pada harga RM2900 manakala Samsung galaxy S III masih lagi belum berada dipasaran sekarang dan berkemungkinan turut dijual pada harga RM2000 dan keatas.

Spesifikasi

Selain sistem operasi, terdapat 3 lagi perkara utama yang membezakan antara Samsung Galaxy S III dan iPhone 4S iaitu Processor, Display dan juga Kamera. Untuk processor, iPhone 4s menggunakan Chipset Apple A5 dengan Processor Dual-core 1 GHz manakala Samsung Galaxy S III menggunakan Chipset Exynos 4212 Quad dengan Quad-core 1.4 GHz yang lebih berkuasa daripada iPhone 4S. Untuk Memory RAM pula Samsung Galaxy S III menggunakan 1GB RAM dan iPhone 4S menggunakan 512MB RAM. RAM dan Processor adalah dua benda yang berbeza, tetapi kedua-duanya memainkan peranan dalam menentukan kelancaran sesebuah telefon bimbit.

Model Samsung I9300 Galaxy S III Apple iPhone 4S
OS Android v4.0.4 (Ice Cream Sandwich) OS 5, upgradable to iOS 5.1
Processor Quad-core 1.4 GHz Cortex-A9 Dual-core 1 GHz Cortex-A9
Camera + 8 Megapixel, 3264×2448 pixels
+ LED Flash, Autofocus
+ HD video record, 1080p@30fps
+ 8 Megapixel, 3264×2448 pixels
+ LED Flash, Autofocus
+ HD video record, 1080p@30fps
Memory + 16/32/64 GB storage
+ 1 GB RAM
+ 8/16/32 GB storage
+ 512 MB RAM
Features + Bluetooth v4.0
+ microUSB 2.0
+ Wi-Fi 802.11 a/b/g/n , Wi-Fi hotspot
+ A-GPS
+ MicroSIM card Support only
+ Smart Stay eye tracking
+ S-Voice language commands
+ Dropbox (50 GB storage)
+ Bluetooth v4.0
+ microUSB 2.0
+ Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Wi-Fi hotspot
+ A-GPS
+ MicroSIM card Support only
+ iCloud cloud service
+ SIRI language commands
-
Display + Super AMOLED, 16M colors
+ 720 x 1280 pixels, 4.8 inches
+ Capacitive touchscreen, Multitouch
+ Corning Gorilla Glass 2
+ TouchWiz UI v4.0
+ LED-backlit IPS TFT, 16M colors
+ 640 x 960 pixels, 3.5 inches
+ Capacitive touchscreen, Multitouch
+ Corning Gorilla Glass
+ Oleophobic coating
Design + Dimension 136.6 x 70.6 x 8.6 mm
+ Weight 133 g
+ Dimension 115.2 x 58.6 x 9.3 mm
+ Weight 140 g

Untuk paparan skrin pula, iPhone 4S menggunakan teknologi LED untuk paparan skrin sebesar 3.5 inci dengan resolusi 640 x 960 pixels manakala Samsung Galaxy S III menggunakan skrin yang lebih besar iaitu 4.8 inci dengan resolusi HD 720 x 1280 pixels yang menggunakan  teknologi Super AMOLED untuk gambar yang lebih jelas dan terang.

Walaupon kedua-dua memiliki kamera megapixel yang sama iaitu 8 Megapixel, tetapi kedua-dua mempunyai perbezaan dari segi kanta optik, kelebihan dan fungsi. Untuk kualiti gambar yang di ambil, iPhone 4S sudah terbukti dengan kualiti gambar yang amat mengagumkan. Walaupon menggunakan kamera 8 Megapixel, kualiti gambarnya lebih baik daripada kamera phone yang menggunakan 12 Megapixel. Ini adalah kerana Apple menggunakn 5 kanta optik yang dipasang pada iPhone 4s untuk pencahayaan yeng lebih baik.

Kelebihan dan Kekurangan

Samsung galaxy S III lebih mengfokuskan kepada keupayaan dan kelancaran apabila menggunakan Processor dan RAM yang tinggi tetapi dari segi pengambaran, tiada peningkatan yang dapat dilihat dari versi terdahulu Galaxy S II. Untuk iPhone 4S pula, kelebihan pada kameranya yang mempunyai kualiti dan fungsi pengambaran yang hebat. Namun , sedikit hampa untuk yang gemar mendengar radio, iPhone 4S tidak menyokong radio dan juga  memori tambahan.