Samsung Galaxy S III vs s ii

Berita pelancaran Samsung I9300 Galaxy S III antara topik paling hangat pada hari ini. Hampir kesemua media online mahupon blog-blog teknologi menceritakan tentang peranti yang menjadi bualan orang ramai ini. Ramai yang suka tetapi ada juga yang memberi komen negatif tentang peranti Galaxy S III ini terutamanya pada kamera yang menggunakan 8 Megapixel tidak seperti khabar angin yang disebarkan sebelum ini yang menggunakan 12 Megapixel. Tetapi bagi kami, kualiti gambar bukan hanya terletak kepada megapixel sahaja ianya merangkumi semua aspek termasuk, jenis kanta optik, sistem anti gegar, autofokus, sensor, pencahayaan dan juga teknologi yang ada padanya. Jadi 8 Megapixel tidak menjadi masalah dan ianya sudah terbukti dengan kamera pada iPhone 4S yang turut menggunakan kamera 8 Megapixel tetapi kualiti gambarnya antara yang terbaik.

Kita berbalik kepada perbezaan antara Samsung Galaxy S III dan Samsung Galaxy S II. Jika dilihat pada spesifikasi kedua-dua peranti ini banyak penambah baikan yang dilakukan Samsung terhadap Galaxy S III terutamanya pada design, paparan skrin, processor dan juga penambahan beberapa teknologi baru padanya seperti kawalan suara S-voice yang menyerupai SIRI pada iPhone 4S, teknologi NFC dan juga S-Beam.

Reka bentuk Samsung S III lebih membentuk lenkungan pada setiap penjuru manakal Reka bentuk Samsung Galaxy S II terdapat hanya sedikit lengkungan padanya. Perbezaan ketara juga dapat kita lihat pada butang Home Screen kedua-dua peranti. Untuk perbandingan penuh bolehlah lihat jadual dibawah.

Model Samsung I9300 Galaxy S III Samsung I9100G Galaxy S II
OS Android v4.0.4 (Ice Cream Sandwich) Android v2.3.4 (Gingerbread)
Processor Quad-core 1.4 GHz Cortex-A9 Dual-core 1.2 G Hz Cortex-A9
Camera + 8 Megapixel, 3264×2448 pixels
+ LED Flash, Autofocus
+ HD video record, [email protected]
+ 8 Megapixel, 3264×2448 pixels
+ LED Flash, Autofocus
+ HD video record, [email protected]
Memory + 16/32/64 GB storage
+ 1 GB RAM
+ 16 GB storage
+ 1GB RAM
Features + Bluetooth v4.0
+ microUSB 2.0
+ Wi-Fi 802.11 a/b/g/n , Wi-Fi hotspot
+ A-GPS
+ MicroSIM card Support only
+ Smart Stay eye tracking
+ S-Voice language commands
+ Dropbox (50 GB storage)
+ Bluetooth v3.0
+ microUSB 2.0
+ Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Wi-Fi hotspot
+ A-GPS



Display + Super AMOLED, 16M colors
+ 720 x 1280 pixels, 4.8 inches
+ Capacitive touchscreen, Multitouch
+ Corning Gorilla Glass 2
+ TouchWiz UI v4.0
+ Super AMOLED Plus, 16M colors
+ 480 x 800 pixels, 4.3 inches
+ Capacitive touchscreen, Multitouch
+ Corning Gorilla Glass
+ TouchWiz v4.0 U
Design + Dimension 136.6 x 70.6 x 8.6 mm
+ Weight 133 g
+ Dimension 125.3 x 66.1 x 8.5 mm
+ Weight 116 g