Perkara yang perlu anda tahu sebelum membeli telefon bimbit

Bajet

Perkara pertama sebelum anda membeli telefon bimbit adalah anda mesti menetapkan bajet untuk pembelian anda. Ianya penting kerana darpada bajet ini kita dapat tentukan telefon bimbit yang kita idamkan sama ada memilih Handphone biasa, Cameraphone atau Smartphone. Dari segi harga pula Handphone biasa selalunya beharga murah dalam lingkungan RM400 kebawah manakala Cameraphone dan Smartphone yang memiliki fungsi yang banyak berharga lingkungan RM500 keatas. Pilihlah telefon bimbit mengikut kesesuain anda.

Handphone biasa, Cameraphone atau Smartphone

Setelah bajet ditetapkan barulah anda putuskan sama ada untuk membeli Handphone biasa, Cameraphone, Smartphone bergantung kepada penggunaan anda. Apakah perbezaan Handphone biasa, Cameraphone dan Smartphone?. Handphone biasa selalunya memiliki hanya ciri-ciri asas sebuah telefon bimbit seperti membuat panggilan, mesej, radio, sambungan internet, kamera yang biasa dan sebagainya manakala smartphone pula memiliki ciri-ciri tambahan yang lebih seperti GPS, Wifi dan yang paling penting sekali smartphone memiliki sistem operasi tersendiri seperti Android, iOS, Symbian, Windows Mobile, BadaOS, BlackBerry OS dan sebagainya. Untuk Cameraphone pula sudah tentunya memiliki kamera dan ciri-ciri pengambaran yang hebat seperti Nokia N8, Sony Ericsson Satio dan sebagainya. Namun kebanyakan cameraphone juga merupakan sebuah Smartphone.

Reka Bentuk atau Design

Terdapat banyak reka bentuk atau design yang menarik yang boleh anda pilih sama ada ingikan telefon bimbit berbentuk Candybar, Slider atau pon Clamshell. Dari segi Keypad pula anda boleh memilih untuk keypad biasa, QWERTY Keyboard ataupon Touchscreen.

Platform atau Sistem Operasi (OS)

Sekiranya anda memilih smartphone anda perlu mengetahui Sistem operasi yang hendak digunakan seperti Android, iOS, Symbian, Windows Mobile, BadaOS, Blackberry OS dan sebagainya. Semuanya memiliki kelebihan dan kekurangan padanya. Namun, Android, iOS, Symbian dan Windows Mobile adalah yang popular pada masa kini. Ini kerana ianya lebih mesra pengguna dengan ciri-ciri menarik, lancar dan mudah untuk dapatkan aplikasi dan games yang menarik.

Processor, RAM dan GPU

Sebuah smartphone yang hebat haruslah memiliki processor yang hebat. Processor penting untuk pastikan smartphone dapat berfungsi dengan lancar tanpa sebarang masalah. Pada hari ini, Banyak pengeluar telefon bimbit mula menggunakan processor seperti Quad Core 1.5GHZ yang tertinggi setakat ini yang digunakan pada HTC One X. Namun untuk kelancaran telefon bimbit, Processor 1GHZ sudah memadai. Seperti komputer, Smartphone juga memerlukan RAM. RAM digunakan sebagai memori sementara apabila sesebuah aplikasi itu dibuka. RAM yang tinggi akan membenarkan anda membuka beberapa aplikasi pada masa yang sama dengan lancar.Untuk smartphone dengan RAM 512MB sudah memadai. Bagi GPU pula ia umpama grafik kad bagi sebuah smartphone antaranya seperti Andreno, NVDIA Tegra dan sebagainya.

Kamera

Kamera merupakan salah satu aset penting bagi sesebuah telefon bimbit ianya diukur bedasarkan kualiti gambar yang di ambil. Telefon bimbit yang terbaik bergantung kepada semua aspek, termasuk megapixel, sistem anti-gegaran, autofokus, lampu flash, sensor, kanta optik dan juga beberapa fungsi lain seperti face detection, scene modes, rakaman HD dan sebagainya.