PlayStation Vita

Sony telah melancarkan Konsol permainan mudah alih iaitu Playstation Vita di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur Semalam. PlayStation Vita merupakan kemaskini kepada konsol permainan mudah alih yang terdahulu PlayStation Portable (PSP). Playstation Vita boleh didapati daripada pengedar rasmi Sony seluruh negara dengan harga RM1099.

Antara ciri-ciri terbaru yang terdapat pada Playstation Vita ialah sambungan 3G dan WIFI, Kamera depan dan belakang yang memberi pengalaman baru seolah-olah kita memasuki dunia permainan yang dimainkan. Selain itu Playstation Vita turut menyokong 5 inci Skrin sentuh OLED dan juga dilengkapi GPS.