Sony mengumumkan Xperia S dengan 12MP Kamera

Pada tahun 2012 banyak perubahan yang telah dibawa oleh Sony terutamanya dalam industri telefon bimbit antaranya seperti penghasilan teknologi floating touch pada Smartphone Xperia Sola dan juga mempebaharui reka bentuk yang lebih menarik pada perantinya. Selain itu, Sony turut mengugurkan perkataan “Ericsson” untuk semua peranti keluaran 2012. Satu lagi perubahan yang dibawa pada tahun 2012 ialah penghasilan Xperia S yang boleh dianggap sebagai Smartphone terbaik keluaran Sony pada masa kini.

Sony Xperia S merupakan Smartphone dan juga Camera phone yang baru saja berada di pasaran Malaysia yang dijual dengan Harga lingkungan RM1750- RM1850. Sony Xperia S amat sesuai untuk golongan yang inginkan telefon pintar yang mempunyai pelbagai fungsi dan juga sesuai amat sesuai untuk pengambaran kerana Xperia S memiliki kamera yang mengkagumkan dengan 12 Megapixel serta menyokong rakaman HD1080p.

Design Sony Xperia S

Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery
Dari segi reka bentuk pula, Sony melakukan perubahan pada model Xperia 2012. Reka bentuknya agak ringkas serta terdapat satu jalur lutsinar di bahagian bawah Xperia S. Di bahagian tepinya pula terdapat Butang kamera dan volume serta sambungan HDMI, 3.5mm headphone dan miniUSB.

Spesifikasi Sony Xperia S

Selain dari reka bentuk yang menari, Sony turut menawarkan pelbagai fungsi dengan teknologi terkini pada Xperia S. Seperti biasa Sony masih lagi setia menggunakan Android sebagai Sistem Operasi pada Xperia S. Tetapi, versi yang digunakan masih lagi Android versi 2.3 Gingerbread dan tidak seperti peranti-peranti pesaingnya HTC One X dan Samsung Galaxy S III yang telah menggunakan Android versi 4.0 Icecream Sandwich. Namun ia tdak harus menjadi masalah kerana Sony telah berjanji akan melancarkan update Android Versi 4.0 pada Xperia S.

Model Sony Xperia S
OS Android OS, v2.3 (Gingerbread)
Processor Dual-core 1.5 GHz
Camera Rear: 12 Megapixel, Autofocus, LED flash, HD1080p Video Recording
Front: 1.3 Megapixel
Memory + 32 GB storage
+ 1 Gb RAM
Features + Bluetooth® technology V.2.1
+ microUSB 2.0
+ Wi-Fi 802.11 b/g , Wi-Fi hotspot
+ A-GPS
+ Dimension 128 x 64 x 10.6 mm
+ Weight 144 g
+ NFC
+ MicroSIM card support only
Display + LED-backlit LCD, 16M colors
+ 720 x 1280 pixels, 4.3 inches
+ Capacitive touchscreen, Multitouch
+ Sony Mobile BRAVIA Engine, Timescape UI

Untuk spesifikasi penuh boleh klik sini

Bagi kelancarannya pula, anda akan berbangga dengan Xperia S kerana terbukti kelancarannya dengan Dual-Core 1.5Ghz Processor dan di sokong pula dengan penggunaan RAM 1 Gb. Tetapi Xperia S tidak menyokong memori tambahan dan mempunyai memori terbina 32Gb yang mampu mengisi beribu-ribu fail lagu, gambar, video mahupon aplikasi.

Dengan penggunaan paparan skrin LCD 720p HD, Xperia S sudah tentu tidak akan mengcewakan penggunanya ditambah pula dengan sokongan teknologi Sony Mobile BRAVIA Engine akan membuatkan penguna terpesona dengan kejelasan gambar dan video yang dimainkan pada Xperia S. Di Samping itu, penggunaan Timescape UI juga turut membuatkan interface pada Xperia S lebih cantik dan kemas.

Sony mengumumkan Xperia S dengan 12MP Kamera
 

Sony mengumumkan Xperia S dengan 12MP Kamera
 

Sony mengumumkan Xperia S dengan 12MP Kamera

Antara interface dan Manu yang terdapat pada Xperia S

Kamera Sony Xperia S

Bagi yang gemarkan pengambaran, pemilihan Xperia S adalah satu pilihan yang bijak kerana Xperia S dilengkapi dengan 12 Megapixel kamera berserta fungsi pengambaran yang lain seperti Geo-tagging, touch focus, face and smile detection, 3D sweep panorama, image stabilization dan juga mampu membuat rakaman video HD 1080p. Selain itu, Xperia S dilengkapi dengan Exmor R sensor untuk meningkatkan lagi kualiti gambar apabila diambil pada tempat kekurangan cahaya. Untuk kamera hadapan pula, Xperia S dilengkapi dengan 1.3 Megapixel untuk panggilan video dan sebagainya. Untuk melihat contoh gambar yang diambil menggunakan kamera Xperia S boleh klik sini [Photo1, Photo2, Photo3, Photo4, Photo5]


Perbandingan antara rakaman video antara Xperia S dan iPhone 4S. Credit : Youtube

Kelebihan dan kekurangan Sony Xperia S

Setiap Smartphone ada kelebihan dan kekurangannya. Tidak lupa juga pada Xperi S yang kelebihannya dapat dilihat pada fungsi kameranya yang baik. Namun terdapat juga beberapa kelemahan pada Xperia S dimana masih menggunakan processor Dual-Core sedangkan pesaing-pesaingnya yang lain seperti HTC One X dan Samsung Galaxy S III menggunakan Quad-Core processor. Walaupon begitu, Xperia S masih lagi antara peranti yang terbaik dari segi Hardware dan Software. Bagi yang gemarkan pengambaran photo Xperia S adalah peranti yang terbaik untuk anda