nexus 7

Nexus 7 merupakan tablet pertama daripada Google hasil kerjasama dengan Asus. Di Malaysia, Nexus 7 baru saja dilancarkan pada 21 September yang lalu dan dijual dengan harga RM999 untuk versi 16GB. Nexus 7 antara salah satu tablet yang terbaik sesuai untuk yang gemarkan multimedia dan permainan bergrafik tinggi dengan harga yang murah. Tablet buatan Asus ini akan menjadi pesaing hebat antara Galaxy Tab, Kindle Fire dan juga turut melibatkan pasaran iPad itu sendiri.

Selepas pelancaran Nexus 7, mungkin yang ramai yang begitu teruja dengan harga dan juga keupayaannya yang menggunakan Quad-Core Processor 1.3 Ghz yang dipadukan oleh Chipset Nvidia Tegra 3 untuk keupayaan grafik yang lebih mengagumkan. Asus dan Google tidak hampakan penggunanya dengan menggunakan Sistem Operasi terbaru Android 4.1 Jelly Bean pada tablet mereka.

 

Design

nexus 7

Untuk reka bentuk Nexus 7, lapisan plastik bercorak bintik seperti bola golf dan satu garisan untuk speaker di blakang Nexus 7 manakala di bahagian hadapannya pula terdapat 1.2 Megapixel kamera untuk skype dan panggilan video menggunakan wifi. Di bahagian tepinya pula memiliki butang volume, butang On/Off dan juga port untuk miniUSB, Earphone dan Dock. Nexus 7 memiliki ketebalan 10.5mm dan seberat 340g.

 

Spesifikasi

Nexus 7 merupakan salah satu Tablet dengan keupayaan yang tinggi tetapi memiliki harga yang murah. Untuk minimumkan harganya, google terpaksa mengeluakan beberapa fungsi seperti kamera belakang, slot memori untuk memori tambahan dan juga sokongan 3G.

Namun, google telah meng-optimumkan dari segi keupayaanya dengan menggunakan Quad-core processor 1.3 Ghz dan dipadankan dengan chipset nVidia Tegra 3 yang amat sesuai unyuk permainan yang memerlukan grafik tinggi.

Untuk paparan skrin pula, Nexus 7 menggunakan skrin LED dengan resolusi HD 800×1280 pixels yang terang dan jelas untuk pengalaman menonton movie HD yang lebih menarik.

mesra mobile mesra mobile mesra mobile mesra mobile
Phone Asus Nexus 7 Samsung Galaxy Tab 2 7.0
Amazon Kindle Fire Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus
Platform Android V4.1 (Jelly Bean) Android OS, v4.0.3 (Ice Cream Sandwich) Android OS, v2.3 (customized) Android OS, v3.2 (Honeycomb)
Processor
Chipset
GPU
Quad-core 1.3 GHz
Nvidia Tegra 3
ULP GeForce
Dual-core 1 GHz
TI OMAP 4430
PowerVR SGX540
Dual-core 1 GHz
TI OMAP 4430
PowerVR SGX540
Dual-core 1.2 GHz
Exynos 4210
Mali-400MP
Camera
Camera (front)
Video

1.2 Megapixel
720p
3.15 Megapixel
Yes
720p


3.15 Megapixel
Yes
720p
Storage
RAM
8/16 GB
1 GB RAM
8/16/32 GB
1 GB RAM
8 GB
512 MB RAM
16/32 GB
1 GB RAM
Bluetooth
USB
Wi-Fi
GPS
Color
NFC
Bluetooth v2.1
microUSB 2.0
Wi-Fi 802.11 b/g/n
A-GPS
Black
Yes
Bluetooth v3.0
microUSB 2.0
Wi-Fi 802.11 b/g/n
A-GPS
White, Black
Yes

Yes
Wi-Fi 802.11 b/g/n

Black
Bluetooth v3.0
microUSB 2.0
Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
A-GPS
Blue, White
Yes

Display
Resolution
Size
Protection

LED-backlit IPS
800 x 1280 pixels
7.0 inches
Corning Glass
PLS LCD
600 x 1024 pixels
7.0 inches
IPS TFT
600 x 1024 pixels
7.0 inches
PLS LCD
600 x 1024 pixels
7.0 inches
Dimension
Weight

Price

198.5x120x10.5 mm
340 g

RM999

193.7x122x10.5 mm
345 g

RM1250

190x120x11.4 mm
413g

RM899

193.7x122x9.9 mm
345g

RM1350

Perbandingan antara tablet 7 inci yang ada pada pasaran semasa

 

Sistem Operasi dan Aplikasi

Nexus 7 merupakan peranti pertama yang menggunakan sistem operasi terbaru android 4.1 Jelly Bean. Jellly Bean merupakan penambah baikan dari versi Android ICS. Sebelum ini Google telah merangka “Projek Butter” untuk meningkatkan tindak balas sentuhan pada sistem operasinya dan mengoptimumkan paparan skrin untuk dijalankan pada 60 frame sesaat. Dan hasilnya amat ketara jika dibandingkan dengan Jelly Bean dan ICS untuk kelancarannya.

Terbaru yang turut serta pada Jelly Bean ialah dilengkapi dengan Google Now yang sama fungsinya seperti Siri pada iPhone. Google Now merupakan pembantu peribadi pintar yang mampu memberi jawapan dengan memberi arahan suara.

nexus 7
Home Screen – menu utama yang ada pada nexus 7

nexus 7
Menu Setting dan Multi-tasking

nexus 7
Google Now – salah satu fungsi terbaru yang terdapat pada Jelly Bean

nexus 7
Internet – Nexus 7 menggunakan Google chrome sebagai pelayar web yang utama.

nexus 7
Applikasi – Antara beberapa aplikasi seperti facebook dan youtube yang boleh didapati di Google Play

nexus 7
Bateri – Nexus 7 mampu digunakan melebihi 9 jam sebelum dicas semula.

nexus 7
Benchmark – Nexus 7 merupakan antara peranti yang setanding dengan peranti-peranti hebat yang lain.

Kelemahan dan Kesimpulan

Dengan keupayaan yang ada pada Nexus 7 menjadikannya antara Tablet pilihan bagi ramai pengguna. Namum ia masih memiliki kekurangan. Antara kekurangan yang selalu dibualkan ialah ia tidak memiliki slot memori tambahan dan tidak menyokong rangkaian 3G. Selain itu, nexus 7 hanya memiliki kamera hadapan untuk panggilan video melalui wifi. Tiada sokongan TV-Out, tetapi Nexus 7 boleh menggunakan Nexus Q Media Streamer yang perlu dibeli untuk menyambung ke TV menggunakan Wifi. Sedikit malang buat kita yang tinggal di Malaysia apabila Google play untuk akses lagu, buku dan movie masih lagi belum terdapat di Malaysia. Di Malaysia Google Play hanya boleh di akses untuk aplikasi dan permainan sahaja.

Kesimpulannya agak jelas mengapa Nexus 7 menjadi salah satu “killer” kepada tablet-tablet 7 inci yang lain seperti Galaxy Tab, Kindle Fire dan yang lain. Bukan sekadar harganya yang mampu milik tetapi dengan keupayaan yang setanding dengan tablet-tablet mahal yang lain disamping menggunakan sistem operasi yang paling baru.