Akhirnya iphone generasi terbaru iPhone 5 kini dilancarkan secara rasminya. iPhone 5 dengan skrin 4.0 inci lebih besar dan memiliki ketebalan hanya 7.6 mm antara smartphone yang ternipis yang dikeluarkan Apple. Apple turut membuat beberapa penambahbaikan pada iPhone 5 seperti penggunaan chip pemproses A6 dengan kelajuan dua kali lebih pantas serta menggunakan iOS yang terbaru iOS 6.
Untuk kamera, iPhone 5 menggunakan 8 Megapixel kamera yang sama pada iPhone 4s dengan sensor yang lebih kecil berbanding iPhone 4s beserta penambahan fungsi mod panorama yang baru padanya. Kamera hadapan juga turut dibaiki dengan membenarkan membuat rakaman HD720.
Apple turut membuat perubahan pada kabel penyambung yang diberi nama “Lightning” dengan 8 pin penyambung dan 80% lebih kecil. iPhone 5 di datangi dua warna hitam dan putih. Untuk harganya pula, iPhone 5 dikatakan mempunyai harga yang hampir menyamai iPhone 4S. Diharapakan penyedia rangkaian seperti Maxis, Celcom dan Digi menyediakan plan data yang lebih berpatutan untuk memudahkan pengguna membeli iPhone 5 nanti.