iphone 5

Apple telah melancarkan iPhone generasi terbaru iPhone 5 pada 12 September lalu di Yerba Buena Center. Banyak juga komen membina dan kritikan berkaitan peranti terbaru dari Apple ini. Ini kerana mereka beranggapan tidak banyak perubahan yang dilakukan Apple terutamanya dari segi design dan sebagainya. Sebelum kami menceritakan lebih lanjut tentang perubahan antara iPhone 4S dan iPhone 5 marilah kita melihat perbandingan spesifikasi antara iPhone 4S dan iPhone 5.

Model iPhone 5
iPhone 4S
OS iOS 6.0 OS 5, upgradable to iOS 6.0
Processor
Chipset
GPU

Apple A6
Dual-core 1 GHz
Apple A5
PowerVR SGX543MP2
Camera + 8 Megapixel, 3264×2448 pixels + 8 Megapixel, 3264×2448 pixels
Memory + 16/32/64 GB storage
+ 1 GB RAM
+ 16/32/64 GB storage
+ 512 MB RAM
Features + Bluetooth
+ microUSB 2.0
+ Wi-Fi 802.11 a/b/g/n , Wi-Fi hotspot
+ Siri
+ iCloud
+ Bluetooth
+ microUSB 2.0
+ Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Wi-Fi hotspot
+ Siri
+ iCloud
Display + LED-backlit IPS TFT, 16M colors
+ 640 x 1136 pixels, 4.0 inches
+ Capacitive touchscreen, Multitouch
+ Corning Glass
+ LED-backlit IPS TFT, 16M colors
+ 640 x 960 pixels, 3.5 inches
+ Capacitive touchscreen, Multitouch
+ Corning Glass
Design + Dimension 123.8 x 58.6 x 7.6 mm
+ Weight 112 g
+ Dimension 115.2 x 58.6 x 9.3 mm
+ Weight 140 g

Jika kita lihat perbezaan pada spesifikasi di atas tidak banyak perubahan yang boleh kita temui antara kedua-dua peranti dari Apple ini. Jadi, Apakah perubahan sebenar yang dibawa Apple pada iPhone 5?.
Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery

Klik untuk besarkan

1. Skrin yang lebih besar dan Nipis

Reka bentuk iPhone 5 tidak banyak perubahan jika dibandingkan dengn iPhone 4S dan iPhone generasi yang terdahulu namun iPhone 5 memiliki ketebalan hanya 7.6 mm 18% lebih nipis dari iPhone 4S manakala beratnya pula hanya 112 g 20% lebih ringan dari peranti sebelumnya. Untuk paparan skrin, iPhone 5 menggunakan skrin 4.0 inci yang lebih besar dengan resolusi 640 x 1136 pixels dan nisbah dimensi 16:9 bagi kepuasan menonton video yang lebih baik.

2. Rangkaian 4G

Iphone 5 dilengkapi dengan rangkaian 4G, LTE untuk sambungan internet yang lebih pantas. Namun sedikit mengecewakan bagi kita kerana Malaysia masih lagi belum dilengkapi dengan kemudahan 4G.

3. Processor yang lebih pantas

iPhone 5 menggunakan processor A6 dua kali lebih pantas berbanding iPhone 4s yang menggunakan processor A5. Begitu juga dengan persembahan grafik dengan dua kali lebih baik dari generasi terdahulu.

iphone 5

4. Mod panorama pada kamera

iPhone 5 masih lagi menggunakan kamera 8 Megapixel namun apa yang membezakan antara iPhone 5 dan iPhone 4S adalah penambahan fungsi Mod Panorama yang mampu mengambil gambar panorama dalam saiz 28 Megapixel.

5. Panggilan video pada rangkaian telefon

Kini iPhone 5 menyokong panggilan video melalui rangkaian 3G mahupon 4G.

iphone 5

6. Sistem Operasi iOS 6 yang baru

iPhone 5 menggunakan Sistem Operasi iOS yang terbaru. Antara perkara baru pada iOS 6 ialah sistem navigasi yang lebih terperinci, penambah baik pada aplikasi Siri yang mampu memberi fakta tentang sukan, movie dan makanan dan sebagainya.