Kindle Fire HD

Amazon baru saja melancarkan tablet murahnya Kindle Fire HD yang bakal menjadi persaingan hebat antara Nexus 7 dan juga Mini iPad yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Namun sedikit mengecewakan kita apabila Amazon tidak membuat penghantaran untuk pembeli di luar Amerika. Namun masih banyak lagi kemudahan alternatif di internet bagi mendapatkan Kindle Fire HD bagi pembeli dari Malaysia.

Berbalik kepada perbandingan antara Nexus 7 dan Kindle Fire HD, Apakah pilihan anda?. Kedua-duanya menawarkan spesifikasi yang hampir sama pada harga yang sama iaitu bermula dari USD199 atau bersamaan dengan RM620. Sebelum kita pergi lebih dalam tentang perbezaan kedua-dua tablet ini, mari kata lihat perbezaan spesifikasi bagi kedua-dua tablet ini.

Model Asus Nexus 7
Amazon Kindle Fire HD
OS Android OS, v4.1 (Jelly Bean) Android OS, v4.0 (Customized)
Processor
Chipset
GPU
Quad-core 1.3 GHz
Nvidia Tegra 3
ULP GeForce
Dual-core 1.2 GHz
TI OMAP4460
PowerVR SGX540
Camera + 1.2 Megapixel (Front Camera) + 1.3 Megapixel (Front Camera)
Memory + 8/16 GB storage
+ 1 GB RAM
+ 16/32 GB storage
+ 1 GB RAM
Features + Bluetooth
+ microUSB 2.0
+ Wi-Fi 802.11 a/b/g/n , Wi-Fi hotspot
+ NFC
+ GPS
+ Bluetooth
+ microUSB 2.0
+ Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Wi-Fi hotspot
+ HDMI
+ Dolby Digital Plus Audio
Display + LED-backlit IPS LCD, 16M colors
+ 1200 x 800 pixels, 7 inches
+ Capacitive touchscreen, Multitouch
+ Corning Glass
+ IPS LCD, 16M colors
+ 1200 x 800 pixels, 7 inches
+ Capacitive touchscreen, Multitouch
+ Scratch-resistant glass
Design + Dimension 198.5 x 120 x 10.45 mm
+ Weight 340 g
+ Dimension 193 x 137 x 10.3 mm
+ Weight 395 g

Kedua-dua tablet ini memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri. Perbezaan ketaranya dapat dilihat pada processor dimana Nexus 7 menggunakan Quad-core 1.3 Ghz processor manakala Kindle Fire HD menggunakan Dual-Core 1.2 Ghz. Namun keupayaan sebenar masih lagi dapat dinilai kerana kami belum lagi menguji keupayaan Kindle Fire HD.

Dengan USD199 anda mampu membeli Kindle Fire HD dengan memori terbina sebanyak 16GB namun pada nilai yang sama anda hanya akan menerima Nexus 7 versi 8Gb. Kindle Fire HD juga didatangi dengan 3 versi iaitu versin 7 inci, versi 8.9 inci dan juga versi 4G LTE. Fire HD turut memiliki sambungan HDMI untuk sambungan ke TV plasma anda.

Bagi Nexus 7 pula, Kelebihannya terserlah melebihi Kindle Fire HD pada keupayaannya yang dikuasaai oleh Nvdia Tegra 3 untuk kepantasan processor dan grafik yang lebih baik. Penggunakan Android Jelly Bean juga memberi satu lagi mata buat Nexus 7 kerana Jelly Bean telah dinaik taraf melalui Projek Butter untuk kelancaranĀ  dan keupayaanyang lebih baik.

Namun