wikipad

Wikipad, tablet pertama untuk gamer bakal dilancarkan pada 31 Oktober ini. Wikipad merupakan tablet 10.1 inci yang dikuasai oleh processor nVidia Tegra 3 T30S, 1.4GHz Quad-core yang dijalankan pada platform Android 4.1 Jelly Bean untuk keupayaan yang lebih maksima pada permainan berasaskan 3D. Turut disertakan bersama Wikipad ialah portable controller yang boleh dipasang pada tablet Wikipad.

Untuk pengalaman bermain lebih hebat, Wikipad turut menyokong  PlayStation Mobile yang boleh didapati melalui Google Play dan nVidia TegraZone. Wikipad turut dilengkapi dengan kamera 8 Megapixel dan 2 Megapixel kamera di bahagian hadapan untuk panggilan video dan sebagainya. Wikipad boleh didapati dengan harga USD499 di laman web Wikipad

Tags