Bad Pigies

Cukup dengan Anggry Bird, kini giliran Si khinzir pula untuk menjadi hero. Ravio, pengeluar permainan berasaskan telefon pintar yang terkenal dengan permainan Anggry Bird kini telah mengeluarkan permainan Bad Piggies yang lebih mengfokuskan kepada Si Khinzir. Jalan ceritanya masih sama dengan permainan Anggrybird dimana Si Khinzir berusaha untuk mendapatkan telur. Namun, permainan Bad Piggies lebih kepada kemahiran mencipta mesin terbang untuk mencari petunjuk bagi mencapai matlamatnya untuk mencuri telur.

Permainan ini memerlukan kreativiti untuk menghasilkan mesin terbang dengan menggunakan kotak, kipas, roda, payung dan pelbagai lagi. Tidak seperti Anggry Bird, Bad Piggies mempunyai tiga objektif bagi setiap level dan objektifnya perlu dicapai untuk mendapatkan bintang. Bad Piggies boleh didapati secara percuma untuk pengguna Android, tetapi untuk pengguna iPhone anda boleh membeli dengan harga USD0.99 di AppStore. Untuk pengguna PC pula boleh mendownload dengan harga USD4.95.


Bad Pigies
Bad Piggies memerlukan kreativiti untuk menghasilkan mesin terbang.

Bad Pigies
Bad Piggies bersedia untuk berlepas