Bajet 2013

Dalam pengumuman Bajet 2013 oleh Perdana Menteri sebanyak RM300 juta diperuntukan kepada belia antara umur 21 sehingga 30 tahun bagi mendapatkan rebat sebanyak RM200 untuk setiap orang bagi pembelian telefon pintar. Namun ia terbatas kepada belia yang berpendapatan RM3000 dan kebawah.

Petikan ucapan Perdana Menteri semasa Belanjawan 2013:

Bagi membuka akses golongan muda kepada lebuhraya maklumat, satu pakej khas akan diperkenalkan oleh kerajaan melalui kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta syarikat telekomunikasi. Melalui pakej Komunikasi Belia, rebat RM200 akan diberi secara one-off bagi pembelian satu unit telefon mudah-alih pintar melalui pengedar rasmi. Ia terbuka kepada belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah.

Menurut Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Irwan Siregar Abdullah, individu yang layak boleh mendapatkannya melalui pembekal yang terpilih yang berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.


Azlan Saleh
Penulis utama MesraMobile.com. Facebook/Twitter: @AzlanSaleh89

Artikel Berkaitan