Agak betuah bagi pemilik-pemilik Smartphone dan Tablet dari keluarga Nexus kerana merekalah orang yang pertama akan menerima kemas kini daripada Google. Untuk pengguna Tablet Nexus 7, Google telah mengeluarkan Sistem update 4.1.2 yang membawa kemas kini minor untuk meningkatkan keupayaan dan kestabilan pada Nexus 7.
Selain itu, kemas kini Android 4.1.2 turut membenarkan mod landskap pada home screen yang sebelum ini tidak dibenarkan pada nexus 7. Untuk membuat kemas kini anda hanya perlu menyemak di Setting > About Tablet > System Update dan perlu memuat turun file update sebesar 31MB.