Selepas pelancaran iPhone 5, berita tentang iPad Mini sedikit tenggelam apabila rumor yang mengatakan bahawa iPad Mini bakal dilancarkan bersama iPhone 5 yang lalu adalah meleset. Kini berita tentang Mini iPad dihangatkan semula apabila sumber di internet mengatakan bahawa Apple bakal melancarkan tablet bersaiz 7.85 inci Mini iPad pada 17 Oktober ini manakala pihak media berkemungkinan akan mendapat jemputan seminggu lebih awal iaitu pada 10 Oktoboer ini.
Bukan itu saja, Mini iPad turut dikhabarkan akan dipasarkan pada 2 November 2012, 2 minggu selepas majlis pelancarannya. Tentang spesifikasinya masih lagi menjadi tanda tanya namun ia dikhabarkan bahawa Mini iPad akan menjadi tablet ternipis dengan hanya setebal 7.33mm. Ia turut dilengkapi paparan skrin sebesar 7.85 inci denga resolusi 1024×768 dan dilengkapi dengan penyambung “lightning” yang sama dengan iPhone 5.