iPad Mini dan Nexus 7

Arena internet hari ini meriah setelah Apple melancarkan iPad Mini semalam. Bagi pengguna iOS dan juga Android tidak terlepas dalam memberi pendapat dan juga kritikan mempertahankan peranti masing-masing. Pada hari pelancaran iPad Mini semalam, turut kelihatan Apple sudah membuat perbandingan antara Mini iPad dan juga Nexus 7 yang merupakan tablet 7 inci terbaik daripada Google. Namun perbandingan itu hanya pada saiz skrin dan tidak begitu menyeluruh.

Untuk itu, kami telah membuat perbandingan yang lebih menyeluruh tentang spesifikasi antara iPad Mini dan juga Nexus 7. Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita lihat perbandingan spesifikasi antara Nexus 7 dan iPad Mini.

Model Apple iPad Mini
Asus Nexus 7
OS iOS 6.0 Android OS, v4.1 (Jelly Bean)
Processor
Chipset
GPU
Dual-core 1 GHz Cortex-A9
Apple A5
PowerVR SGX543MP2
Quad-core 1.3 GHz Cortex-A9
Nvidia Tegra 3
ULP GeForce
Camera + 5 Megapixel, 2592×1944 pixels
+ 1.2 Megapixel Front Camera

+ 1.2 Megapixel Front Camera
Memory + 16/32/64 GB storage
+ 512MB RAM
+ 8/16/32 GB storage
+ 1GB RAM
Features + Bluetooth
+ Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
+ Siri
+ iCloud
+ GPS
+ Bluetooth
+ Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
+ Google Voice
+ Google Drive
+ GPS
+ NFC, Google Beam
Display + LED-backlit IPS LCD, 16M colors
+ 162 ppi
+ 768 x 1024 pixels, 7.9 inches
+ Capacitive touchscreen, Multitouch
+ LED-backlit IPS LCD, 16M colors
+ 216 ppi
+ 800 x 1280 pixels, 7.0 inches
+ Capacitive touchscreen, Multitouch
Design + Dimension 200 x 134.7 x 7.2 mm
+ Weight 308 g
+ Dimension 198.5 x 120 x 10.5 mm
+ Weight 340 g

 

Design

Design dan reka bentuk pada iPad Mini lebih menampakan nilai peranti premium dan juga lebih nipis berbanding Nexus 7. Ia juga turut memiliki paparan skrin yang lebih besar berbanding nexus 7. Namun Nexus 7 memiliki resolusi HD dan juga ketumpatan skrin (216 ppi) yang lebih baik berbanding iPad Mini (162 ppi). Resolusi dan ketumpatan skrin yang tinggi penting bagi menentukan kejelasan pada paparan skrin sesuatu peranti itu.

Aplikasi

Tidak dinafikan lagi, iPad Mini turut menyokong aplikasi yang ditawarkan pada iPad dimana aplikasi tersebut telah dibina untuk kesesuain pada iPad. Untuk nexus 7 pula, Aplikasi khas untuk Tablet tidak begitu meluas di Google Play. Kebanyakannya adalah aplikasi untuk smartphone Android yang telah dibesarkan untuk kegunaan tablet.

Hardware

Ipad mini menggunakan processor A5 yang sama dengan iPad 2 dan menggunakan memori sistem sebesar 512MB manakala Nexus 7 menggunakan processor Quad-Core 1.3Ghz dan dipadukan dengan cipset nVidia Tegra 3 dangan 12 core GPU. Nexus 7 mempunyai kelebihannya pada hardware apabila ia turut menyokong NFC dan cipset yang lebih baik berbanding iPad Mini.

Platform/Sistem Operasi

Agak sukar untuk membandingkan kedua-dua platform yang berbeza. Kedua duanya menawarkan platform yang terbaik. Jika sebelum ini, banyak rungutan dari pengguna Android tentang keupayaan Android yang tidak begitu lancar pada peranti mereka. Namun, untuk Nexus 7 yang menggunakan Android Jelly Bean, Google telah meningkatkan keupayaan dan juga kelancaran pada Android versi Jelly Bean dalam satu projek yang dinamakan Projek Butter. Untuk iOS6 pula memang tdak dinafikan iOS merupakan platform yang terbaik untuk kelancarannya.

Kesimpulan

Kesimpulannya kedua-duanya memilik kelebihan dan kekurangannya untuk platform dan juga perantinya sendiri. Nexus 7 lebih kepada pengguna yang gemarkan customization seperti menghias paparan dengan Tema, Widget , Live Wallpaper, Pengurusan file dan pemindahan data yang lebih baik dan lebih kehadapan bagi fungsi yang tidak terhad dan teknologi yang dibawa olehnya manakala Mini iPad pula merupakan platform yang mudah, lancar dan senang digunakan dan tidak memerlukan aturan yang banyak untuk menggunakannya disamping Aplikasi dan Games yang telah dioptimumkan untuk iPad Mini. Untuk harganya pula Nexus 7 dijual pada harga USD249 atau RM999 untuk pasaran Malaysia bagi versi 16 GB manakala iPad Mini dijual pada harga USD 329 dan masih belum dipasarkan di Malaysia.