The Tribez

Jika kita gemar bermain permainan PC yang berasaskan “civilization” atau pembinaan tamadun seperti Rise Of Nation dan sebagainya sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan untuk mencuba permainan The Tribez terutamanya bagi pengguna iPad dan Tablet Android. Pada mulanya, The Tribez hanya boleh dimain pada iPad sahaja. Kini, pengguna Android juga berpeluang untuk bermain selepas pengeluarnya Game Insight melancarkannya untuk platform Android.

The Tribez merupakan permainan yang telah di adaptasi dari permainan komputer “Jack of All Tribes” yang dibangunkan oleh Divo Games. Dalam permainan ini, anda akan memegang watak sebagai seorang saintis yang telah pergi ke zaman silam. Seperti tamadun pra sejarah, pemain dikehendaki untuk meminpin suku kaum “Tituler” dan memakmurkannya dengan membina struktur perumahan dan komersil bagi mendapatkan perkara asas seperti makanan, kayu, emas, batu dan sebagainya.

Dalam permainan ini terdapat lima pulau utama yang boleh dijelajah satu persatu. Dengan grafik dan animasi serta jalan cerita yang menarik sudah tentu ia mudah untuk popular terutamanya bagi yang gemarakan permainan yang berkongsepkan pembinaan tamadun. The Tribez boleh didapati secara percuma untuk pengguna Android dan iOS di Google Play dan juga AppStore.

The Tribez

The Tribez