Adakah Sony Xperia Z mampu tewaskan iPhone 5S dan Galaxy S IV?

Sebelum ini kami siarkan Ura-ura mengatakan bahawa Xperia Z yang sebelum ini dikenali sebagai Sony Yuga yang berkemungkinan diumumkan semasa CES 2013 pada 15 Januari 2013. Kini satu lagi laporan daripada ePrice menyatakan bahawa Xperia Z mampu menewaskan Samsung Galaxy S IV mahupon iPhone generasi ke-7, iPhone 5s.

Jika kita lihat pada spesifikasi yang ada pada Xperia Z, ianya direka untuk bersaing dengan Smrtphone kelas atasan seperti Samsung Galaxy S IV yang dijangkakan dilancarkan pada April 2013 dan iPhone generasi ke-7 pada September 2013. Xperia Z dengan paparan skrin sebesar 5 inci dipadukan dengan Quad-Core 1.5GHz Qualcomm Snapdragon S4 Pro APQ8064 processor didatangi bersama RAM Sebesar 2GB dan keupayaan grafik Adreno 320 GPU. Sudah tentunya kualiti kamera merupakan satu kelebihan pada Smartphone Sony apabila dipadukan dengan sensor 13 MP Exmor RS kamera dibelakangnya.

Adakah Sony Xperia Z mampu menewaskan iPhone 5S dan Galaxy S IV?. Belum sampai masanya untuk kita simpulkan pekara ini. Namun ketiga-tiga peranti ini bakal menjadi pilihan ramai bagi peranti kelas atasan pada tahun hadapan.