mesra mobile

Walaupon sebelum ini Asus telah menafikan tentang kemunculan Nexus 7 versi murah dengan harga USD99. Namun baru-baru ini, Ura-ura tentang tablet murah itu kembali lagi yang dikatakan akan diperkenalkan pada CES 2013.

Tablet Nexus 7 versi murah dengan nama kod ME172V dikatakan menggunakan 1Ghz processor dan dilengkapi dengan RAM 1Gb padanya. Tidak seperti Nexus 7, ME172V didatangi dengan Android 4.1.1 dan bukannya Android 4.2.1 yang digunakan oleh Nexus 7 sekarang. ME172V juga dilangkapi dengan paparan skrin 7 inci beserta resolusi 1024X600. Untuk versi murah ini, Asus turut memasukan slot microSD pada peranti ini.

Namun, berita mengenai peranti ini masih lagi menjadi khabar angin. Sebelum ini pihak Asus menafikannya dan berkemungkinan tidak mahu menjejaskan promosi Nexus 7 yang sedang hangat ketikan ltu. Asus Nexus 7 versi murah ini dijangkakan akan diperkenalkan pada umum di CES 2013 yang akan berlangsung bulan depan di Las Vegas.