BlackBerry Z10 and Q10

Setelah begitu lama dinantikan akhirnya BlackBerry telah mengumumkan dua peranti yang menggunakan platform terbaru mereka BlackBerry 10 OS. Sebelum ini, pembangunan BlackBerry (Sebelumnya dikenali sebagai RIM) mengurangkan fokusnya pada pembangunan Smartphone tetapi lebih mengfokuskan kepada pembangunan Platform terbarunya BlackBerry 10 OS bagi membuat perubahan sepenuhnya yang ada pada platform terdahulu. Dan kini, BlackBerry telah mengumumkan dua peranti terbaru iaitu BlackBerry Z10 dan BlackBerry Q10 yang merupakan peranti yang terawal menggunakan platform baru ini.

Bagi peminat BlackBerry dari Malaysia, anda bertuah kerana Malaysia tersenarai antara negara yang terawal yang akan menerimanya dan dijangkakan  BlackBerry Z10 dan Q10 akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Febuari ini.

Model  BlackBerry Z10
 BlackBerry Q10
OS BlackBerry 10 OS BlackBerry 10 OS
Processor
Chipset
GPU
Dual-core 1.5 GHz
Qualcomm MSM8960 Snapdragon
Adreno 225
Dual-core 1.5 GHz
TI OMAP 4470
PowerVR SGX544
Camera + 8 Megapixel, 3264 x 2448 pixels
+ 1080p@30fps video recording
+ 13 Megapixel, 4128×3096 pixels
+ 1080p@30fps video recording
Memory + 16 GB storage
+ 2 GB RAM
+ 16 GB storage
+ 2 GB RAM
Features + Bluetooth v4.0
+ Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
+ GPS
+ Radio
+ Bluetooth v4.0
+ Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
+ GPS
+ Radio
Display + Super AMOLED, 16M colors
+ 355 ppi
+ 768 x 1280 pixels, 4.2 inches
+ Capacitive touchscreen, Multitouch
+ Super AMOLED, 16M colors
+ 328 ppi
+ 720 x 720 pixels, 3.1 inches
+ Capacitive touchscreen, Multitouch
Design + 9mm thickness
+ Weight 146 g
+ 10.3 thickness
+ Weight 151 g

Jika dilihat pada spesifikasinya, kedua-kedua memiliki fungsi pengambaran dan keupayaan yang hampir sama. Bezanya pada reka bentuk yang ada padanya apabila Blackberry Z10 menawarkan fungsi sentuhan penuh manakala Blackberry Q10 menawarkan skrin sentuh yang hadir bersama sama dengan papan kekunci QWERTY. Selain itu, kedua-duanya menggunakan saiz paparan dan juga cipset yang berbeza. Untuk Platformnya pula, Blackberry telah membawakan sesuatu yang baru padanya.  Fungsi “Multitasking” antara yang diberi nafas baru pada BlackBerry OS 10 dimana beberapa aplikasi boleh dijalankan serentak dengan lancar.

BlackBerry Z10

Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery
BlackBerry Z10 merupakan sebuah peranti dengan skrin sentuh penuh sebesar 4.2 inci tanpa papan kekunci QWERTY padanya. Dengan reka bentuk yang serba baru, Blackberry Z10 yang hanya setebal 9mm dilengkapi dengan kamera 8 Megapixel serta 2 Megapixel kamera hadapan untuk panggilan video dan sebagainya. Untuk keupayaan yang lebih baik serta fungsi “Multitasking” yang lebih efisyen, Z10 dipadukan dengan Dual-Core 1.5 Ghz processor dan RAM sebesar 2 GB. BlackBerry Z10 boleh didapati dengan warna hitam atau putih yang didatangi dengan memori dalaman sebesar 16 GB serta menyokong memori tambahan sehingga 32 GB.

BlackBerry Q10

Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery
Berbeza dengan BlackBerry Z10, BlackBarry Q10 dilengkapi dengan papan kekunci QWERTY dan juga skrin sentuh sebesar 3.1 inci. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan kamera 8 Megapixel serta menyokong kamera hadapan untuk panggilan video dan sebagainya. Bagi keupayaannya pula dilengkapi dengan Dual-Core 1.5 Ghz processor dan dipadukan dengan memori sistem, RAM sebesar 2 GB. Blackberry Q10 boleh didapati dengan dua warna hitam dan putih serta menyokong memori tambahan sehingga 32 GB.

Untuk harga bagi kedua-dua peranti ini masih lagi belum didedahkan. Untuk mengatahuinya terpaksalah kita menunggu 20 Febuari ini apabila peranti ini dilancarkan di Malaysia kelak.


Azlan Saleh
Penulis utama MesraMobile.com. Facebook/Twitter: @AzlanSaleh89

Artikel Berkaitan