Berita yang baru kami terima dari laman Twitter Dr. Rais Yatim bahawa Kabinet telah bersetuju memansuhkan had harga untuk Pakej Komunikasi Belia yang sebelum ini ditetapkan untuk Telefon Pintar dibawah Harga RM500. Walau bagaimana pon, di laman SKMM masih lagi menggunakan syarat yang lama dan berkemungkinan akan di kemas kini tidak lama lagi.
Tweet daripada Dato Rais Yatim berkenaan pemansuhan had harga pada Pakej Komunikasi Belia
Dengan memansuhkan had harga untuk Pakej Komunikasi Belia ini, Belia-belia yang layak mampu memilih telefon pintar pilihan meraka dan buat masa ini kami belum pasti tentang Pakej ini sesuai untuk semua jenis telefon bimbit atau telefon bimbit yang telah diluluskan kerajaan sahaja. Apa pon keputusannya, bolehlah merujuk di laman web SKMM untuk maklumat lanjut.