Project Shield

Seperti yang dijangkakan, nVidia hari ini telah mengumumkan Cipset terbarunya nVidia Tegra 4 yang bakal digunakan pada peranti mudah alih Smartphone dan juga Tablet. Apa yang lebih menarik, nVidia turut memperkenalkan konsol permainan Android pertama darinya yang dipadukan dengan nVidia Tegra 4.

nVidia Tegra 4 yang dikuasai dengan 72 teras Geforce GPU dan memiliki pemproces visual 6 kali lebih baik dari cipset sebelumnya Tegra 3. Bukan itu saja, Tegra 3 turut dipadukan dengan processor quad-core ARM Cortex A15 dengan penjimatan bateri yang lebih baik.

Tegra 4
keupayaan Tegra 4 lebih pantas berbanding iPad 4 dan Nexus 10

Berbalik kepada konsol pertama nVidia, Project Shield dilengkapi dengan skrin sebesar 5 inci dan resolusi 1280×720 pixel dan dilengkapi dengan controller padanya. bertempat di CES 2013, nVidia telah menguji beberapa permainan Android seperti Need for Speed: Most Wanted, Assassin’s Creed 3 dan the Unreal Engine 3-based Hawken dan menyokong sepenuhnya permainan pada Google Play dan juga Tegra Zone. Buat masa nini, nVida masih lagi belum mengumumkan harganya dan berkemungkinan akan mula dipasarkan bermula April ini.