xperia z anad xperia zl

Hari ini merupakan giliran Sony untuk mengadakan sidang bersama media di CES 2013 yang sedang berlansung di Las Vegas. Untuk itu Sony mengambil peluang memperkenalkan dua Smartphone Xperia Z dan ZL yang merupakan peranti yang terbaik darinya. Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, Xperia Z dan ZL didatangi dengan 1.5GHz quad-core Snapdragon processor, RAM sebesar 2GB dan juga menyokong rangkaian LTE,

Bagi yang gemarkan pegambaran, sudah tentu Sony Xperia Z dan ZL mempunyai kelebihan di situ apabila didatangi dengan kamera 13 Megapixel Exmor RS sensor yang membenarkan rakaman video HDR. Bukan itu saja, Xperia Z dan ZL turut menyokong burst mode dengan 10fps pada aturan 9 Megapixel. Untuk pengalaman multimedia yang lebih baik, Sony membuat penambahbaikan pada Sony’s ClearAudio+, Bravia Reality Display dan the Bravia Engine 2 untuk paparan yang lebih baik dan jelas.


Sony Memperkenalkan Xperia Z dengan 13 Megapixel Exmor RS sensor

Sony Xperia Z dan ZL didatangi dengan Android 4.1, namun Sony telah berjanji untuk mengeluarkan kemas kini Android 4.2 secepat mungkin selepas pelancaran nanti.  Sedikit perbezaan antara Xperia Z dan ZL ialah xperia ZL didatangi dengan saiz yang lebih nipis tanpa kalis air dan debu tetapi mempunyai spesifikasi yang sama dengan Xperia Z. Xperia Z dijangkakan akan mula dipasarkan pada bulan March untuk pasaran global manakala Xperia ZL dipasarkan mengikut pasaran tertentu sahaja. Buat masa ini, Sony belum mendedahkan harganya lagi, Namun, kami menjangkakan ia mula dijual antara RM1700 dan keatas. Untuk spesifikasi penuh Z dan ZL boleh merujuk jadual di bawah.

Model Sony Xperia Z
Sony Xperia ZL
OS Android OS, v4.1 (Jelly Bean) Android OS, v4.1 (Jelly Bean)
Processor
Chipset
GPU
Quad-core 1.5 GHz Krait
Qualcomm MSM8064 Snapdragon S4 Pro
Adreno 320
Quad-core 1.5 GHz Krait
Qualcomm MSM8064 Snapdragon S4 Pro
Adreno 320
Camera + 13 Megapixel, 4128×3096 pixels
+ [email protected] video recording
+ 13 Megapixel, 4128×3096 pixels
+ [email protected] video recording
Memory + 16 GB storage
+ 2 GBB RAM
+ 16 GB storage
+ 2 GBB RAM
Features + Bluetooth v4.0
+ Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
+ Sony’s ClearAudio+
+ Bravia Reality Display
+ Bravia Engine 2
+ Waterproof and Dust Resistant
+ Bluetooth v4.0
+ Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
+ Sony’s ClearAudio+
+ Bravia Reality Display
+ Bravia Engine 2
Display + 16M colors
+ 441 ppi
+ 1080 x 1920 pixels, 5 inches
+ Capacitive touchscreen, Multitouch
+ 16M colors
+ 441 ppi
+ 1080 x 1920 pixels, 5 inches
+ Capacitive touchscreen, Multitouch
Design + Dimension 139 x 71 x 7.9 mm
+ Weight 146 g
+ Dimension 131.6 x 69.3 x 9.8 mm
+ Weight 151 g