TuneTalk, UMobile dan Yes antara syarikat penyedia rangkaian telekomunikasi yang terawal dalam menawarkan Pakej Komunikasi Belia yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada Bajet 2013 yang lalu. Buat masa ini, TuneTalk menawarkan 7 telefon pintar termasuk Blackbery Torch 9800 yang tiada didalam senarai Pakej Komunikasi Belia manakala UMobile dan Yes masing masing menawarkan 5 peranti daripada UMobile dan satu peranti sahaja daripada Yes.
Yes menawarkan peranti Yes Buz 4G Cloudphone beserta pakej internet berkelajuan 4G dengan kelajuan sehingga 20Mbps. Apa yang menarik tentang pekej ini dimana anda hanya perlu membayar RM50 untuk mendapatkan peranti Yes Buz 4G Cloudphone, Yes iD dan juga nilai kredit Yes bernilai RM30.
Pakej yang ditawarkan dari YES dengan harga RM50
Bagi pakej dari TuneTalk pula menawarkan 7 smartphone termasuk Blackbery Torch 9800 yang merupakan smartphone tambahan daripada TuneTalk.Berbeza dengan Yes, Tune talak menawarkan pekej langanan bulanan yang beharga Rm20 yang menawarkan penggunaan internet sebanyak 200Mb, 30minit masa berbual percuma dan juga 30 sms percuma.
Antara Smartphone yang ditawarkan TuneTalk dengan harga sebelum Rebat RM200
Untuk pekej UMobile pula, menawarkan 5 telefon pintar dengan harga Rm299 dan RM199 setelah potongan rebat sebanayak RM200.Turut bersama dengan pekej UMobile ialah Plan Prepaid UM128 yang diberikan secara percuma.
Antara Smartphone yang ditawarkan UMobile dengan harga selepas Rebat RM200
Buat masa ini kami masih lagi tertunggu tunggu tawaran dari penyedia telko utama iaitu Maxis, Celcom dan Digi. Beberapa peranti seperti Lumia 610 dan sebagainya dan belum lagi ditawarkan oleh mana-mana syarikat telemunikasi. Bagi pengguna yang layak sudah tentu mempunyai pelbagai pilihan pakej yang ditawarkan mengikut kemampuan dan kegunaan masing-masing.